Abdullah bin Umar radiallahu anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam ditanya,
Siapakah yang paling mulia di antara manusia?
Baginda menjawab, "Setiap orang yang hatinya Makhmum dan lidahnya jujur."
Sahabat radiallahu anhum bertanya,
"Kami tahu seorang yang lidahnya jujur, tetapi apa yang dimaksudkan dengan hati Makhmum?"
Baginda menjawab,
"Makhmum ialah orang Muttaqin (menjauhkan diri dari keburukan kerana takut kepada Allah) dan bersih hatinya, bebas dari segala dosa dan kesalahan, tidak mempunyai sedikit pun perasaan dengki atau irihati padanya."
Hadis Riwayat Ibnu Majah
Salam Jumaat. Terima kasih untuk perkongsian ini. Semoga kita sentiasa bersikap jujur :)
ReplyDeleteThanks for sharing this
ReplyDeleteadab ni kena sentiasa jaga
ReplyDelete