25 March 2021

Cerita Tentang Sedekah


 Abu Hurairah رضي الله عنه berkata bahawa Rasulullah ‎ﷺ bersabda,


"Ada seorang lelaki berkata, 'Aku pasti akan bersedekah'. Lalu dia keluar dengan membawa sedekahnya dan ternyata jatuh ke tangan seorang pencuri. Keesokan paginya orang-orang ramai membicarakan bahawa dia telah memberikan sedekahnya kepada seorang pencuri. Lelaki itu pun berkata, 'Segala puji bagiMu ya Allah aku telah bersedekah'.


Kemudian dia keluar dengan membawa sedekahnya lalu ternyata jatuh ke tangan seorang penzina. Keesokan paginya orang-orang ramai membicarakan bahawa dia tadi malam memberikan sedekahnya kepada seorang pezina. Maka orang itu berkata lagi, 'Ya Allah, segala puji bagiMu, aku telah bersedekah'.


Kemudian dia keluar lagi dengan membawa sedekahnya lalu ternyata jatuh ke tangan seorang yang kaya. Keesokan paginya orang ramai membicarakan bahawa dia memberikan sedekahnya kepada seorang yang kaya. Maka orang itu berkata, 'BagiMu segala pujian ya Allah (ternyata sedekahku jatuh) kepada seorang pencuri, pezina, dan orang kaya'."


Maka dikatakan kepada lelaki tersebut, "Sedekah kamu kepada pencuri itu mudah-mudahan akan menyebabkan dia berhenti mencuri. Sedekah kepada penzina pula mudah-mudahan menyebabkan dia berhenti dari perbuatan zina. Manakala sedekah kepada orang kaya pula mudah-mudahan dia akan mengambil pengajaran, lalu dia juga turut membelanjakan apa yang telah Allah kurniakan kepadanya."


Hadis Riwayat Bukhari



3 comments:

  1. Insyaallah.. Entri yang bermanfaat.. Jom bersedekah/ :)

    ReplyDelete
  2. Tapi tulah, sakit hati gak bila derma tapi rupanya scam. Huhu

    ReplyDelete

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Saya sangat menghargai komen yang diberikan, jika komen itu tidak melanggar apa jua sensitiviti. Kalau ada pelanggaran, saya tidak akan teragak-agak untuk memadamnya tanpa menyiarkannya. Terima kasih!