Hukum Meletak Sesuatu Di Atas Al-Quran
Soalan : Adakah harus kita meletakkan suatu barang di atas Quran seperti ditindih di atasnya dengan buku yang lain atau mata benda seperti kunci, bunga, atau umpamanya?
Jawapan : Para ulama telah bersetuju bahawa memuliakan Quran itu adalah wajib dan beradab dengan Quran itu tanda ketaqwaan seseorang. Firman Allah
ذَلِكَ وَمَنْ يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِنْ تَقْوَى الْقُلُوبِ
Ertinya : “Yang demikian itu siapa yang memuliakan syiar-syiar agama Allah maka sungguhnya ia sebahagian dari tanda ketaqwaan hati.” (Al-Haj : 32)
Maka memuliakan Quran termasuk tanda-tanda ketaqwaan hati kerana Quran adalah sebahagian dari syiar Allah.
Hukum meletakkan suatu barangan atau harta di atas Quran adalah dilarang melainkan diletakkan Quran di atas Quran yang lain maka ulama-ulama mengharuskannya.
Ada pun buku-buku selain Quran sekalipun buku-buku agama maka tidak diharuskan letaknya di atas Quran. Berkata Al-Baihaqi
وَمِنْهَا : أَنْ لَا يُحْمَلَ عَلَى الْمُصْحَفِ كِتَابٌ آخَرُ ، وَلَا ثَوْبٌ ، وَلَا شَيْءٌ
Ertinya : “Dan setengah dari adab dengan Quran ialah tidak diletak di atas Quran akan kitab yang lain. Dan tiada harus juga letak pakaian atau suatu benda pun.” (Kitab Syua’bul Iman)
Berkata pula Imam Tirmizi
ومن حرمته – يعني المصحف – إذا وضع أن لا يتركه منشورا ، وأن لا يضع فوقه شيئا من الكتب ، حتى يكون أبدا عاليا على سائر الكتب
Ertinya : “Dan setengah dari adab memuliakan Quran itu jangan ditinggalkan dalam keadaan terbuka dan tidak diletakkan di atas Quran itu suatu dari buku-buku sehingga adalah Quran itu selamanya lebih atas dari segala buku-buku.” (Nawadirul Usul)
Harus Letak Quran Di Atas Quran
Berkata Syeikh Ibnu Hajar Al-Haitami :
يجوز وضع مصحف على مصحف
Ertinya : “Harus meletak akan Quran di atas Quran.” (Fatawa Hadisiyah)
Dan berkata Imam Baihaqi :
إلا أن يكون مصحفان فيوضع أحدهما فوق الآخر فيجوزو
Ertinya : “Melainkan bahawa ada di situ dua buah Quran maka diletakan salah satunya atas yang satu lagi maka hukumnya adalah harus.” (Su’abul Iman)_
Dan dimaafkan letak suatu yang bertujuan menjaga Quran seperti meletak kertas di atasnya supaya tidak jatuh atas Quran itu oleh debu. Dan dimaafkan juga barangan yang memang disimpan di dalam quran seperti penunjuk yang digunakan untuk menunjuk ayat yang dibaca atau penanda muka surat supaya mudah dijumpai muka surat yang hendak dibaca. Wallahua’lam_
Sumber: Facebook Ustaz Azhar Idrus Oiginal
kadang kadang kita terlupa, tq ingat kan!!
ReplyDeleteNice sharing akak, thank you :)
ReplyDeleteBiasa terletak tisu paket atas al-Quran tapi cepat cepat alihkan.
Ya. Fiza dari kecik lagi mak ayah ajar jangan letak apa² atas Al-Quran. Bila dah biasa automatik ingat. Alhamdulillah. Nice sharing.
ReplyDeleteQuran kena letak di tempat yang paling tinggi... kadang2 ada juga yang terlepas letak buku lain, tapi cepat2 ubah
ReplyDeleteBaik. Terima kasih, share. Memang saya tak letak apa-apa atas al-Quran.
ReplyDeletedari kecik memang kita diingatkan jangan tindih alquran...
ReplyDeletethank you ats pencerahan, tapi mmg selalu rasa bersalah klu nak letak apa2 ats Quran
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian ini.
ReplyDeleteNice sharing. Kira cuba la semampu kita untuk hormati dan beramal dengan Quran. Moga ia dapat bantu kita di akhirat nanti
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian :)
ReplyDeleteperingatan utk diri sendiri jugak., aminn
ReplyDeletetimekaseh adinda