Sekiranya kita ditakdirkan berubah menjadi org yang lebih BAIK ..,
Ingatlah...bahawa semua itu dari Allah....Allah yang mengerakkan HATI KITA untuk berubah....,
Allah yang memberikan jalan kepada perubahan KITA dan Allah jualah yang menjadikan DIRI KITA sentiasa istiqamah di jalan NYA...
Bukan kerana usaha KITA semata mata.....Tetapi TANPA izin NYA kita tidak mampu melakukan apa apa walaupun sekadar mengerdipkan mata...
Wahai sahabat soleh/solehah..
Selalu ingatkan diri bahawa jika Allah menghendaki kebaikan bagi seseorang hambanya, ia pasti akan disegerakan bagi hamba itu balasan sewaktu di dunia lagi.
Nabi SAW pernah bersabda:
“Sesungguhnya besarnya pahala itu bergantung pada besarnya ujian, sesungguhnya Allah itu apabila dia mengasihi sesuatu kaum dia menguji mereka dengan kesusahan. Sesiapa yang reda dengan kesusahan itu akan mendapat keredhaan Allah dan siapa yang tidak redha maka dia akan menerima kemurkaan Allah.”
Wahai sahabat soleh/solehah..
Tahukah kamu bahawa orang beriman akan diuji menurut tahap keimanan dan kedudukan mereka di sisi Allah?
Wahai sahabat soleh/solehah...
Tahukah kamu di antara tanda-tanda seseorang itu disayangi oleh Allah ialah bala ujian yang ditimpakan ke atasnya?
Oleh itu, Wahai sahabat soleh/solehah.. kita wajib bersabar atas kesusahan yang menimpa kita agar tidak ditimpa bala dua kali, yang keduanya ialah kerugian luputnya pahala.
Ingatlah jika seseorang yang sabar menghadapi kesusahan hidup itu adalah sebagai tanda bahawa dia dikasihi Allah. Orang yang tidak dikasihi Allah akan dilambatkan balasannya iaitu sampai ke hari kiamat.
Maka itu, bersabarlah Wahai sahabat soleh/solehah..dalam menghadapi kesusahan kerana kamu akan diberi ganjaran yang setimpal dengan kesusahan yang dihadapi itu.
Jika kamu ingin menjadi hamba yang dikasihi Allah hendaklah kamu bersedia menerima ujian yang diturunkan oleh Allah ....Dan jika kamu tidak redha menerima ujian itu pasti akan mendapat murka Allah.
Wahai sahabat soleh/solehah...
Ajaklah SABAR untuk temani hari-hari duka kita...
Peluklah ISTIQOMAH kala diri keletihan dalam perjalanan taqwa...
Bersandarlah pada TAWADUK kala kesombongan datang menghalang jiwa...
Mintalah nasehat dari AL-QURAN dan SUNNAH dan taat pada_Nya...
Di setiap masalah yang di hadapi yakinlah pada CINTA_NYA...
Dan cintailah ALLAH sebagai cinta tertinggi di hati kita...
Karena hanya cinta_NYA yang ABADI lagi sempurna
Wahai Hati…
Bersabarlah dalam menanti,Yakinlah janji-Nya adalah pasti..Sungguh jika itu yang kau yakini kemenanganmu telah pasti..
Wahai Jiwa…
Tenanglah dalam lara,Percayalah bahwa janji-Nya
adalah nyata.Seperti FirmanNya:"Allah tidak akan menyalahi janjiNya, tetapi kebanyakan manusia tidak
mengetahui.” (ar-ruum: 6)
Jangan pernah ragu dengan kehendak-NyaDIA lebih
tahu mana yang terbaik untuk para hamba-Nya..
Allah berfirman : “Boleh jadi kamu membenci
sesuatu, padahal itu baik bagimu. Dan boleh jadi kamu
mencintai sesuatu, padahal itu amat buruk bagimu....
(Mengapa?) Allah maha mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (QS. Albaqarah: 216).
Wahai Raga…
Tetaplah yakin dalam istiqamah mu sesungguhnya keimananmu akan di uji dalam bahagia dan duka Agar tahu apakah iman mu benar adanya.
Allah berfirman (yang artinya) : "Apakah manusia itu
mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan :“Kami telah beriman”, sedang mereka
tidak diuji lagi? " (Al-Ankabut: 2)
Orang yang diuji dengan suatu ujian adalah salah satu tanda Allah ingin menganugerahkan kebaikan padanya.
Waktu SUSAH itu ujian , waktu SENANG juga ujian .
Bersabarlah jika kita diuji dalam keadaan SUSAH sekarang ....Percayalah janji-janji Allah kepada orang yang sabar, bahawa nikmat sabar itu amat indah dan hanya Dia yang Maha Mengetahui akan hikmah di sebalik setiap ujian yang menimpa hambaNya .
Allah yang beri hidayah kat kita....moga kita tergolong dalam insan yang baik....
ReplyDeleteTerima kasih untuk entri ini, ADM. Pengisian untuk hati hari ini ๐
ReplyDeletebetul lagi besar pahala lg besar ujiannya...
ReplyDeleteTak susah jadi baik.... jom jadi baik
ReplyDeleteNice sharing :)
ReplyDeletetq for sharing..
ReplyDeletethanks for the reminder :)
ReplyDelete