01 March 2021

Jom masuk syurga sama-sama


 Kita tahu banyak perkara tentang dunia sehingga kita terlampau mencintainya. Cinta yang tidak berkesudahan.


Akhirat pula kita tak tahu banyak perkara lagi-lagi kalau kurang belajar tentang akhirat. Natijahnya kita jadi kurang teruja.


Sedangkan kehidupan akhirat itu jauh lebih baik dan lebih kekal berbanding kehidupan dunia.


Tuntutlah ilmu akhirat sebanyaknya. Ketahui kelebihan dan ciri-ciri yang terdapat pada lokasi destinasi kita.


Nak masuk syurga tapi nama 8 pintu syurga pun tak tahu. Tahap tingkatan syurga masih tidak cakna. Syurga diperbuat daripada apa, apa yang terkandung dalam syurga?


Kita nak melancong ke mana-mana kalau tak tahu apa yang ada kat sana, apa yang nak diterujakan. Mestilah sudah buat kajian atau pernah diceritakan. Betul tak.


Pasti ada sesuatu tarikan atau tujuan tertentu yang menyebabkan kita bersungguh untuk ke sana.


Begitulah juga dengan syurga. Tempat yang tiada mata pernah melihatnya, tiada telinga pernah mendengar tentangnya dan tidak terlintas di hati manusia.


Tapi gambaran-gambarannya sudah tersedia. Al-Quran dan Nabi SAW sudah sampaikan. Apa yang digambarkan itu, hakikatnya berkali ganda lagi indah.


Kita cuma boleh bayangkan sahaja buat masa ini. Nak merasai kenalah masuk sendiri. Jadi nak ke nak masuk syurga? Berusahalah untuk mencapainya.


Nak belajar tentang syurga, banyak buku yang boleh kita cari. Ada tok guru yang mengajar kitab tentang syurga. Rakaman ceramah pun berlambak ada.


Saya suka ceramah Ustaz Wadi Anuar. Banyak kuliah beliau tentang akhirat di YouTube. Cara penyampaian yang serius menggetar jiwa dan menusuk kalbu.


Jom masuk syurga sama-sama.

Telegram Menusuk Jiwa


6 comments:

  1. alhamduilah.... amin... rasa tersedar plak dari mimpi duniawi...

    ReplyDelete
  2. Syurga kita ada sekelilig kita iaitu ibu bapa kita

    ReplyDelete
  3. Marilah kita bersama. Suka dengar ceramah Saudara Syamsul Debat, Ustaz Khairi Abdullah dan Ustaz Don Daniyal :)

    ReplyDelete
  4. Betul. Syurga itu perlu kita cari. Akak pun suka ceramah-ceramah Ustaz Wadi Anuar.

    ReplyDelete
  5. Inshaallah. Thanks atas perkongsian.

    ReplyDelete

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Saya sangat menghargai komen yang diberikan, jika komen itu tidak melanggar apa jua sensitiviti. Kalau ada pelanggaran, saya tidak akan teragak-agak untuk memadamnya tanpa menyiarkannya. Terima kasih!