Terdapat sebilangan manusia yang tidak mampu bertutur atau berkomunikasi dengan baik dan sempurna. Masalah berbahasa lisan ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja termasuk ahli keluarga, jiran atau sahabat handai kita. Antara mereka yang menghadapi masalah komunikasi termasuklah orang pekak, orang gagap, orang pelat, penghidap afasia, pesakit strok, orang tua, orang gila, [esakit yang koma, pesakit dibius, dan anak-anak yang dikategorikan dalam pendidikan khas.
Sesetengah orang berasa buntu untuk berkomunikasi atau hilang panduan serta kecewa kerana tidak mampu untuk membantu golongan ini. Masyarakat seharusnya membantu golongan ini atau sekurang-kurangnya memberikan sinar harapan dengan cuba memahami mereka. Bagaimanakah kita dapat memahami golongan ini?
Buku Memahami Kecacatan Bahasa dan Komunikasi ini akan membantu anda mendekati dan mengenali orang yang mempunyai masalah bahasa dan komunikasi. Buku ini memberikan panduan terbaik untuk memahami golongan ini. Pendidik, pelajar institusi pendidikan tinggi, guru dan ahli profesional lain yang mendampingi orang-orang bermasalah bahasa dan komunikasi perlu membaca buku ini bagi memahami keperluan komunikasi mereka.
Sesungguhnya komunikasi ialah jambatan bagi menjamin keharmonian masyarakat. Oleh itu, buku ini diharap dapat membantu anda memahami aspek emosi, masalah dan harapan mereka yang bermasalah komunikasi.
Buku ni saya pinjam dari Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Shah Alam.
buku ni sngt ilmiah dan bagus utk dibaca kan
ReplyDelete