Aku boleh menjadi pendengar setia waktumu,
Tetapi untuk hari-harimu,
Aku perlukan sebuah cinta...
Perkenalan Zuhar Izqi dengan seorang gadis bernama Ismira Liyana membuatkan Zuhar jatuh cinta buat kali kedua, begitu juga dengan Ismira. Mereka berdua bercinta, tetapi mendapat halangan daripada Fareed, Rina dan kedua-dua orang tua mereka sendiri. Fareed mahukan Ismira, manakala Rina juga mahukan Zuhar sedangkan Fareed dan Rina merupakan pasangan kekasih.
Pelbagai kisah menarik berlaku ketika Ismira bersetuju untuk bekerja di ZI Kafe. Jejaka kacak bernama Hazim menaruh hati kepada Ismira. Hari berganti hari, bekas tunang Zuhar, Usyarita datang kembali merebut cinta Zuhar.
Makna dalam mengenal erti cinta adalah berkorban demi insan yang disayangi dan melepaskan apa yang bukan mereka miliki. Siapakah yang perlu mengalah dan siapa pula yang akan menang dalam cinta?
“Kita dah bincang pasal hal ni, kan? Cincin tu pun, tanda detik pengenalan kita. Memang ia terlalu awal, tapi kita boleh mencuba. Jodoh tak pernah salah alamat.” –Zuhar Iqzi
“Sampailah satu tahap, saya terfikir yang saya tak patut cintakan awak. Saya patut setia dengan arwah Hamir. Tapi sampai bila saya nak meratap kehilangan yang saya hadapi?” –Ismira Liyana
“You ni Mira, dah banyak berubah. Dulu, you tak macam ni pun? I dah buat yang terbaik untuk you, tapi susah sangat nak yakinkan you. I ni dah banyak terasa hati dengan you. Hati I bengkak, you tak ambil tahu pun!” -Fareed
Saya pinjam buku ini dari Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Shah Alam.
seronoknya dapat baca novel. Kita dah lama tinggal...
ReplyDeletenovel pasal pemuda tak kacak takde erk., hehehe
ReplyDeleteSedap nama watak-wataknya 😊
ReplyDeleteAmvoiii! tajuk novel sekarang macam-macam hehehee...
ReplyDeleteDah lama tak baca novel.
Dulu time kerja KL travelling Sban-KL-Sban membaca novel dah macam satu keperluan makanan
layan2 perasaan syok ni hehehe
ReplyDeleteWah.. tajuk dia.. comel gila.. hehehe
ReplyDeleteamboi ni cinta bersegi-segi dah ni. kesian mira, hati dekat orang lain tapi kena bercinta dengan orang lain
ReplyDeleteFareed ooo Fareed manusia berubah :) please put that in mind hehe
ReplyDelete