12 March 2021

Sampai Satu Masa...


 Sampai satu masa, kita akan penat untuk puaskan hati semua orang.


Sampai satu masa, kita hanya nak buat yang terbaik semampu diri. Bunyi bingit mereka yang tidak puas hati itu kita tidak lagi peduli.


Kita hanya mahu gembira. Kita hanya mahu bahagia. Kita hanya mahu buat semuanya dengan ikhlas. Tanpa mengharap balas.


Teruslah begitu.


Tuhan pasti menghantar mereka yang jujur serta ikhlas menghulur salam perkenalan. Dan menjauhkan mereka yang datang penuh dengan kepura-puraan. 


Selamat pagi para pencari kedamaian! 



7 comments:

  1. Salam Jumaat Zura...
    Moga yg baik2 aje ye...

    ReplyDelete
  2. Semoga kedamaian itu milik kita. Amin

    ReplyDelete
  3. Semuanya akan sampai satu masanya samada kita bersedia atau tidak.

    ReplyDelete
  4. Moga kita jumpa diri kita yang 'hilang' dalam nak memenuhi ekspektasi orang keliling.

    ReplyDelete
  5. Ya. Buatlah sesuatu dengan ikhlas, tanpa mengharapkan sebarang balasan kerana kalau kita mengharap tapi tidak dibalas, kita akan kecewa.

    ReplyDelete
  6. Allah sentiasa ada dgn kita kan

    ReplyDelete

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Saya sangat menghargai komen yang diberikan, jika komen itu tidak melanggar apa jua sensitiviti. Kalau ada pelanggaran, saya tidak akan teragak-agak untuk memadamnya tanpa menyiarkannya. Terima kasih!