09 March 2021

Ukhwah ni pelik kan?

 


Ukhwah ni pelik kan?


Kadang-kadang orang yang jarang kita hubungi, tetap ada dalam hati kita sampai bila-bila.


Kadang-kadang ada orang yang kita hari-hari mesej, lama-lama diam dan makin menjauh.


Kadang-kadang, sekadar hadir untuk mengucapkan tahniah, dan kemudian menyepi.


Kadang-kadang, sekadar memerhati segala perkembangan kita tanpa sepatah kata.


Kadang-kadang ajak berjumpa apabila ada hal atau kerja.


Kadang-kadang, ada yang kita jarang berbual. Tetapi apabila kita memerlukan, dia tidak lokek menghulurkan bantuan.


Kadang-kadang, ada yang begitu rapat, berjumpa setiap hari, berkongsi cerita itu ini. Akhirnya pergi meninggalkan segaris luka di hati.


Okey.


Jangan lihat orang.

Tapi, lihatlah diri kita.


Satu nak pesan, jangan sesekali terus menghukum orang daripada mulut orang lain.


Pengalaman aku, dah 3 kali aku dengar cerita yang tidak baik pasal seseorang.


Tapi, apabila aku mengenalinya sendiri, 3 orang tu akhirnya menjadi sebahagian daripada hidupku.


Tidak aku sangka, mereka begitu baik terhadapku.


Allah. Bagaimana dengan cerita yang aku dengar sebelum ini?


Adakah kawan aku berdusta?


Tidak.


Kita yang mendengar perlu bijak menilai.


Ingatlah, mungkin dia tidak baik dengan orang lain.


Tetapi, tidak semestinya dia jahat dengan semua orang.


Kita?

Kenal dahulu,

menghukum jangan melulu.


Mana tau,dia baik dengan kita, sebab kita pun baik dengan dia.


Jadi, satu-satunya pilihan yang kita ada, baiklah pada semua orang.


Kbai.


Kami semasa Majlis Tahlil Arwah Adik Amir. Pertama kali majlis tahlil kami anjurkan secara online. Ramai yang hadir. Ramai yang melepaskan rindu. Berkongsi cerita, juga kasih sayang. 



6 comments:

  1. Betul, jangan dengar dan nilai orang itu sebelah pihak saja. Kadang bagi orang lain, dia tidak baik. Tapi sebaliknya bagi kita :)

    ReplyDelete
  2. Hahaha mari kita sama2 kekalkan ukhwah yang baru terjalin ni..
    al-fatihah untuk arwah adik...

    ReplyDelete
  3. Ya kita yang nilai, jangan dengar daripada orang lain.

    ReplyDelete
  4. betul, jgn lihat org, seeloknya lihatla diri kita dulu

    ReplyDelete
  5. Ye, kenal dulu baru tahu orangnya macamana. Dan jangan menilai seseorang dari first sight. Semoga ukhuwah yang terjalin baik baik sahaja. Aaminn

    ReplyDelete
  6. Perkongsian yang baik, ABM. Jangan nilai seseorang berdasarkan cerita yang kita dengar dari orang lain.

    ReplyDelete

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Saya sangat menghargai komen yang diberikan, jika komen itu tidak melanggar apa jua sensitiviti. Kalau ada pelanggaran, saya tidak akan teragak-agak untuk memadamnya tanpa menyiarkannya. Terima kasih!