30 April 2021

Mana Lebih Utama?

 

Ibadah wajib ni macam makanan utama. Ibadah sunat pula makanan suplemen.


Tak makan berhari-hari, boleh lapar dan mati jika biar lama-lama. Tak makan suplemen tetap boleh hidup macam biasa.


Tinggalkan ibadah sunat tak berdosa. Tinggalkan ibadah wajib nantikan azabnya.


Wajarkah dahulukan perkara sunat sedangkan yang wajib belum selesai lagi? Biar tahu mana yang lebih utama.



Adab & Sunah | 30 April 2021

 

Abu Bakrah رضي الله عنه berkata bahawa Rasulullah ‎ﷺ bersabda


"Setiap dosa akan ditunda balasannya oleh Allah hingga hari kiamat, kecuali al-baghy (zalim), durhaka kepada orang tua dan memutuskan silaturrahim, Allah akan menyegerakan di dunia sebelum kematian menjemput."


Hadis Riwayat Hakim



Amalan Imam Ghazali selepas Solat Jumaat

 

ASSALAMUALAIKUM WBT.


⭕  Amalan Imam Ghazali selepas Solat Jumaat sebelum mengubah tempat duduk selepas salam : 


1. Surah Al Fatihah 7 Kali.

2. Surah Al Ikhlas 7 Kali.

3. Surah Al Falaq 7 Kali.

4. Surah An Nas 7 Kali.


⭕  Dan bacalah doa ini :


*اللهُمَّ يَا غَنِيُّ يَا حَمِيدُ يَا مُبْدِئُ يَا مُعِيدُ يَا رَحِيمُ يَا وَدُودُ. أَغْنِنِي بِحَلَالِكَ عَن حَرَامِكَ وَبِطَاعَتِكَ عَن مَعْصِيَتِكَ وَبِفَضْلِكَ عَمَّن سِوَاكَ*


⭕  In Shaa'Allah  diampunkan dosa- dosanya.


⭕  Terpelihara dan selamat sehingga hari Jumaat akan datang.


⭕  Serta dilimpahi rezeki yang tidak terhingga.


⭕  Semoga Bermanfaat Dan Selamat Beramal.

29 April 2021

Seksa Kubur...

 

"Seandainya seksa kubur diperlihatkan kepada kita, pasti hilanglah nafsu kita kepada maksiat.

Seandainya nikmat kubur diperlihatkan kepada kita, pasti hilanglah keletihan dan kepenatan kita ketika beribadah.

Tapi semua itu disembunyikan untuk menguji keimanan dan kesungguhan kita dalam menjalani ibadah dan menjauhi maksiat.."

-Ustaz Yus (Mantin)-



Drama Korea | The Goddess of Revenge

 


Beberapa kali petikan drama ini dilihat di Facebook, rasa ingin menontonnya pula. Jadi inilah ia. 





Kang Hae-Ra (Kim Sa-Rang) used to work as a reporter. She did not receive recognition for her work, but she married a celebrity. She is now the hottest influencer in South Korea, but she becomes involved in a fake scandal. Overnight, this leads Kang Hae-Ra descending into a bottomless pit. She nows seeks revenge.


Cha Min-Joon (Yoon Hyun-Min) is a cold-blooded lawyer with a 100% win rate. After his family was trapped in a scheme and ruined, he only thinks about his success and getting revenge for his family.


Best cerita ni. Sampai ke hujung cerita pun masih rasa geram dengan keadilan yang seakan tidak terbela, namun plot twistnya macam biasa la, jatuh rahang dibuatnya. Hahaha




Nuzul Al Quran

 

Al-Quran diturunkan oleh Allah s.w.t pada  17 Ramadan yang disebut Malam Qadar. Diturunkan Al-Quran  dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah di langit dunia sekali gus ( 30 juzuk ) dan secara beransur-ansur mengikut suasana dan keperluan  kepada Nabi s.a.w. 


Firman Allah S.W.T: 

"  Sesungguhnya Kami(Allah) telah menurunkan Al-Quran pada Malam Qadar". 


Malam Qadar dikurniakan Allah pada setiap datangnya Bulan Ramadan. Kelebihan dan kemuliaannya  adalah lebih baik dari 1,000 bulan. Ini dinyatakan oleh Allah dalam Al-Quran:


"Malam Qadar itu adalah lebih baik dari seribu bulan"


Bila berlakunya dan berapa lama Malam Qadar itu tidaklah dinyatakan secara tepat oleh nabi s.a.w. Setengah pendapat menyebut pada malam-malam ganjil dan setengahnya  menyebut pada 10 malam terakhir dalam bulan Ramadan.


Turunnya Al-Quran  bukan sekadar untuk dibaca semata-mata walaupun membacanya merupakan ibadah yang diberi ganjaran oleh Allah s.w.t. sebagaimana dinyatakan oleh nabi :


 "Barangsiapa yang membaca satu huruf dari Al-Quran maka baginya satu kebaikan. Satu kebaikan itu diganjarkan dengan sepuluh. Aku tidak mengatakan bahawa Alif Lam Mim itu satu huruf tetapi Alif itu satu huruf, lam itu satu huruh dan mim itu satu huruf"


Tetapi turunnya Al-Quran adalah sebagai petunjuk dan  panduan untuk diikuti dan diamalkan oleh manusia agar sejahtera dunia adan akhirat.

Allah nyatakan dalam Al-Quran:


" Bulan Ramadan yang diturunkan padanya al-Quran dimana al-Quran itu menjadi pertunjuk kepada manusia dan yang menerangkan tentang pertunjuk dan pembeza antara hak dan batil"


Manusia yang hanya membaca semata-mata dan tidak mengamalkan peraturannya dalam kehidupannya samalah seperti seorang yang sakit dan mengambil ubat untuk dimakannya tetapi hanya dibaca setiap hari :" Makan tiga kali sehari" tetapi tidak dimakannya maka bagaimana penyakitnya akan sembuh.


Sama juga halnya apabila membaca al-Quran tetapi tidak mengambilnya sebagai peduman maka Al-quran itu sendiri yang akan melaknatnya. Ini dijelaskan dalam hadis nabi s.a.w : 


" Berapa banyak orang yang membaca Al-Quran sedangakan Al-quran itu melaknatnya".


Mereka membaca ayat-ayat yang mengharamkan atau menhalalkan sesuatu. Tetapi sebaliknya dalam kehidupannya mereka menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah atau sebaliknya.


Sebagai seorang muslim kita menjadikan Al-quran,  As-sunnah, Qias dan Ijmak sebagai pedoman. Apapun perkara yang hendak dilakukan atau diputuskan, kita hendaklah merujuk kepada Al-Quran dan Sunnah insyaallah kita tidak akan sesat di dunia dan diakhirat.

Firman Allah s.w.t: 


"Jika kamu berselisih tentang apa juga perkara maka kembalikan perselisihan itu kepada Allah (Al-Quran ) dan rasulnya (hadis)"


Nabi berpesan:

" Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara dan kamu tidak akan sesat selama kamu berpegang kepada keduanya iaitu Kitab allah (Al-Quran) dan Sunnah rasulnya"


 


Oleh:


Bahagian Dakwah, JAIS



28 April 2021

Jadilah Seperti Langit

 

Jadilah seperti langit. Saat menangis, ia tahu bila waktu perlu berhenti menebarkan rintik hujan ke bumi. 


Begitulah juga saat kau tersungkur dan sedih dengan ujian dunia. Tidak perlu terlalu lama. Sampai masa bangkitlah bersama kekuatan yang baharu. 


Ada berjuta cerita duka yang Tuhan kirimkan, agar kau lebih peka dan sentiasa memperbaiki diri. Bangkitlah sudah sampai saat dan waktunya. 


Jangan biarkan diri sentiasa lemah 🧎🏻 .



"BETAPA RUGINYA ORANG YANG TAK MAU BERSELAWAT."

 


⚪  Buatlah aku jatuh cinta sedalam- dalamnya padamu. Hingga cinta itu dapat menghilangkan kesengsaran Dunia, yang menyayat Qalbu  


"BETAPA RUGINYA ORANG YANG TAK MAU BERSELAWAT."


⚪  Sesungguhnya hati yg tidak rindu berjumpa dengan Nabi Muhammad ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ.


⚪  Dan tidak tergugah untuk berselawat kepada Nabi Muhammad ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ , itu pasti hati yang terputus dari hakikat keimanan kepada Nabi Muhammad.(

⚪  Dan hakikat iman kepada Tuhannya Nabi Muhammad.'

⚪  Orang yang menyebar selawat diantara umat manusia (mengingatkan orang untuk berselawat kepada Rasulullah).

⚪  Ia akan menjadi orang yang paling dekat dengan Rasulullah'.


اللّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِدَنَا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلِ سَيّدِنَا مُحَمَّدٍ ﻓِﻲْ ﻛُﻞِ ﻟَﻤْﺤَﺔٍ ﻭَ ﻧَﻔَﺲٍ ﻋَﺪَﺩَ ﻣَﺎ ﻭَﺳِﻌَﻪُ ﻋِﻠْﻢُ ﺍﻟﻠﻪِ صَلاَةً دَائِمَةً بِدَوَامِ مُلْكِ اللهِ


"JOM BERSELAWAT BERSAMA..."



27 April 2021

Amalan Pintu Kebaikan

 


 

عَنْ مُعَاذٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ سَأُنَبِّئُكَ بِأَبْوَابٍ مِنْ الْخَيْرِ الصَّوْمُ جُنَّةٌ وَالصَّدَقَةُ تُطْفِئُ الْخَطِيئَةَ كَمَا يُطْفِئُ الْمَاءُ النَّارَ وَقِيَامُ الْعَبْدِ مِنْ اللَّيْلِ 


Daripada Muaz bin Jabal RA bahawa Nabi SAW bersabda; "Aku akan memberitahu kepadamu pintu-pintu kebaikan iaitu; puasa adalah perisai, sedekah meleburkan dosa seperti air memadamkan api, dan seorang hamba bangun (qiamullail) di malam hari. (Musnad Ahmad No: 21628). Dar Ihya Turath Arabiy. Status: Isnad Hasan


Pengajaran:


1.  Nabi SAW  menyampaikan pesanan tentang pintu-pintu kebaikan kepada umatnya iaitu Ibadat puasa, sedekah dan qiamullail.


2.  Pintu kebaikan pertama ialah Ibadat puasa. Puasa menjadi benteng atau perisai kepada seseorang daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah. Puasa adalah perisai yang akan melindungi daripada kehancuran jiwa, kerosakan perjalanan hidup, melindungi diri daripada terjerumus ke dalam golongan manusia yang tidak memiliki sifat sabar.


3.  Puasa juga menjadi perisai memberikan keteguhan hati dalam bertakwa kepada Allah. Puasa adalah perisai seseorang dari api neraka. Sabda Rasulullah SAW:


إِنَّمَا الصِّيَامُ جُنَّةٌ يَسْتَجِنُّ بِهَا الْعَبْدُ مِنَ النَّارِ


Puasa adalah perisai yang dapat melindungi seorang hamba dari siksa neraka” (H.R. Ahmad No: 3868 dalam sahih al-Jami’).


4.  Persiapkanlah diri dengan mula berpuasa sunat pada bulan  Syaaban ini yag berbaki ini. Moga akan memudahkan kita melaksanakannya pada bulan Ramadan yang menjelang tiba. Semoga ibadat puasa menjadi perisai buat kita dari api neraka. 


5.  Pintu kebaikan kedua ialah bersedekah. Sedekah meleburkan dosa seperti air memadamkan api. Kita dianjurkan bersedekah khususnya kepada mereka yang memerlukan seperti derma kepada mereka yang terkesan akibat musibah wabak Covid 19. 


6.  Ambillah kesempatan untuk menyumbang dan menderma. Semoga sumbangan kita menjadi pelebur dosa dan penghindar kita dari api neraka. Sabda Nabi SAW:


اِتَّقُوا النَّارَوَلَوبِشِقِّ تَمْرَةٍ


Hindarilah neraka meskipun dengan sebelah biji korma. (Sahih Bukhari No: 5677) Dar Ibn Kathir. Status: Hadis Sahih


7.  Pintu kebaikan ketiga adalah menghidupkan malam dengan Qiamullail. Antaranya dengan melaksanakan solat sunat malam, memperbanyakkan zikir dan munajat kepada Allah. Semoga amalan ini  mampu membina kekuatan rohani kita. Ambillah kesempatan bermunajat dan berdoa di malam hari agar Allah mengangkat musibah wabak Covid 19 yang telah lebih setahun melanda.


Marilah kita melaksanakan amal-amal  yang menjadi antara pintu kebaikan iaitu membanyakkan puasa sunat, bersedekah dan qiamullail.



Betul Kan?

 


Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR.


Teman yang paling akrab adalah AMAL.


Pengawal peribadi yang paling waspada DIAM.


Bahasa yang paling manis SENYUM.


Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK.



26 April 2021

Cantik Di Luar, Cantik Di Hati

 


Alim itu dinilai dari hati dan akhlak pada diri..

cantik hati, cantik lah segalanya..


Perempuan di Nikahi Kerana 4 Hal :

1.Kerana Hartanya.

2.Kerana Keturunan nya.

3.Kerana Cantik nya.

4.Kerana Agama nya..


Pandanglah Kerana Agama nya

Sebab Jika anda Pandang Cantik nya Wajah boleh Saja Berubah.  Pilihlah kerana agama dan akhlak yg baik kerana kecantikan akan dimamah usia..


biar buta mata tak nampak dunia daripada buta hati tak nampak kebaikan jalan ke akhirat..


- Asrul zamani -

Dengar Lagu | Gila - Kaka, Noki, Loca B


 Ye, tahu. Lambat. Better late than never, kan?


Jom dengar! 





Tersenyumlah Wahai Diri..

 

Tersenyumlah Wahai Diri..


Roda kehidupan selalunya berputar ada kalanya bahagia terasa,Sedih Merintih juga air mata....Tapi tahukan engkau,ada Dia yang Selalu menatapmu Lembut yang paling tahu apa Yang terbaik Untukmu.Dia Memberi apa Yang kamu perlukan Bukan apa Yang kamu inginkan.


Tersenyumlah wahai Diri....


semua Yang terjadi Juga karena Kehendak-Nya,semua berjalan atas Rencana-Nya.Ilmu-Nya meliputi segalanya dan kau tak MUngkin menjangkaunya... jadi Untuk apa resah untuk Sesuatu yang Belum pasti kejadiannya.Bukankah janji-janji-Nya itu pasti.

Allah Maha Mengetahui.


Ada Dia Yang selalu Maha Memberi,dan Dia Memberikan kepadamu segala apa yang kau Mohonkan pada-Nya.Dan Jika kau mampu menghitung Nikmat-Nya..maka tak ada alasan bagimu untuk mengeluh atas apa yang saat ini Allah Berikan.


Hidup ini tak Selalu berjalan dengan apa yang hati kita inginkan....yang Dicinta akan pergi...yang Dirindui akan Hilang ..Maka dekatkanlah Dirimu dengan-Nya karena Dia yang Maha Kekal.


Seorang hamba akan rapuh tanpa Tuannya....begitu kita sebagai seorang hamba..Maka hanya pada-Nya lah Kita pantas untuk menggantungkan segala harapan hanya pada yang Esa Dan jika hanya pada dia engkau berharap pastinya engkau tak akan pernah kecewa...


Ini ujian dari-Nya,dan Dia tak kan menguji Hamba-Nya melebihi batas Kemampuan seorang Hamba itu.Tapi bukankah manusia memang diuji,untuk mengetahui mana yang paling Bertaqwa kepada-Nya,maka tetaplah istiqomah dijalan-Nya


Masih banyak saudara-saudara Kita diluar sana yang Sedang Diuji dengan kesakitan dan kegelisahan,Selalu ada hikmah Dibalik Musibah,Selalu ada kemudahan setelah kesulitan,,, Semua akan Indah pada saatnya,,,maka bersabarlah.


Beberapa seketika ini tenangkanlah dirimu...


Rasakan kehadiran-Nya...


Dengarkan suara-Nya yang berkata:


"Jangan Khawatir,


AKU ada disini bersamamu..!"


Tersenyumlah sahabat hatiku 

 

Maha benar اَللّهُ dengan segala firmanNya...


" Tersenyumlah Wahai Diri...semua yang terjadi akan berakhir dan kembali kepada-Nya"



25 April 2021

Hiduplah Dengan Rendah Hati

 

Jangan pernah membenci siapapun, tak peduli seberapa banyak kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu.


Hiduplah dengan rendah hati, tak peduli seberapa banyak kekayaanmu.


Berfikirlah positif, tak peduli seberapa pahit kehidupan yang kamu jalani.


Hulurkan lah seberapa banyak yang kau miliki..Walaupun balasan hanya sedikit kau dapatkan.....


Tetaplah menjalin hubungan dengan orang-orang yang telah melupakanmu, maafkanlah orang yang berbuat salah padamu, dan jangan berhenti mendoakan yang terbaik untuk orang yang kau sayangi. 


(Ali bin Abi Thalib)


Semoga bermanfaat...

Doaku Hari Ini | 25 April 2021


 Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang

Ya Allah, sampaikan shalawat kepada Rasulullah dan keluarganya serta sahabat - sahabatnya  Dengan asma Allah yang tidak aku harapkan kecuali kurnia Nya. tidak aku takutkan kecuali keadilan-Nya. tidak aku percayai kecuali firman-Nya. tidak aku pegangi kecuali tali-Nya.


 KepadaMu aku berlindung wahai Pemilik Ridha dan Ampunan dari kezaliman dan permusuhan ,dari bencana zaman, dari runtunan kesedihan,dari rangkaian kemalangan,dari habisnya jangka – sebelum siap sedia, 


Aku berlindung pada-Mu ya Rabbi dari bisikan setan, Aku bernaung pada kekuasaan-Mu dari kezaliman. Terimalah apa yang ada dari shalatku & Jadikan hari esokku dan sesudahnya lebih baik dari saat ini dan hari ini. Muliakan keluargaku. Jagalah waktu jaga dan tidurku, Engkaulah Allah Penjaga Terbaik. Engkaulah Yang Paling Pengasih dari segala yang mengasihi.


Ya Allah, aku berlepas diri pada hariku ini dan pada hari-hari sesudahnya dari kemusyrikan dan kekafiran.

Aku ikhlaskan doaku, mengharapkan ijabah-Mu.

Aku senantiasa taat mengharapkan balasan-Mu.


Limpahkan sejahtera pada Muhammad dan keluarga Muhammad serta sahabat - sahabatnya  sebaik-baiknya makhluk-Mu yang menyeru pada kebesaran-Mu. 


Muliakanlah aku dengan kemuliaan-Mu yang tidak pernah punah, jagalah diriku dengan mata-Mu yang tidak pernah tidur.


Tutuplah urusanku dengan kebergantungan pada-Mu.

Tutuplah usiaku dengan maghfirah-Mu. 


Sesungguhnya , Engkau Maha Pengampun dan Maha Penyayang

24 April 2021

"JANGAN LUPAKAN DZIKIR SETELAH SHOLAT."

 



♦️ Tsauban radhiyallahu ‘anhu berkata,

“Apabila Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa salam selesai dari shalatnya (shalat fardhu).


♦️ Beliau beristighfar TIGA KALI dan mengucapkan :


♦️ “ALLAHUMMA ANTAS SALAAM, WA MINKAS SALAAM, TABAAROKTA YAA DZAL JALAALI WAL IKROOM.”


♦️ Ertinya : Ya Allah... Engkau pemberi keselamatan, dan dari-Mu keselamatan. Mahasuci Engkau, wahai Tuhan Pemilik Keagungan dan Kemuliaan).ASSALAMUALAIKUM WBT.


"JANGAN LUPAKAN DZIKIR SETELAH SHOLAT."


♦️ Tsauban radhiyallahu ‘anhu berkata,

“Apabila Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa salam selesai dari shalatnya (shalat fardhu).


♦️ Beliau beristighfar TIGA KALI dan mengucapkan :


♦️ “ALLAHUMMA ANTAS SALAAM, WA MINKAS SALAAM, TABAAROKTA YAA DZAL JALAALI WAL IKROOM.”


♦️ Ertinya : Ya Allah... Engkau pemberi keselamatan, dan dari-Mu keselamatan. Mahasuci Engkau, wahai Tuhan Pemilik Keagungan dan Kemuliaan).(hr)

(HR. Muslim No. 591).

POTD | Merajuk Sebab...




Merajuk sebab tak dapat naik zipline free. Hahahahaha
(Gambar diambil seminggu sebelum bulan puasa)



Perumpamaan Mukmin Di dalam Sebuah Kapal


حَدَّثَنَا أَبُو نُعَيْمٍ حَدَّثَنَا زَكَرِيَّاءُ قَالَ سَمِعْتُ عَامِرًا يَقُولُ سَمِعْتُ النُّعْمَانَ بْنَ بَشِيرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَثَلُ الْقَائِمِ عَلَى حُدُودِ اللَّهِ وَالْوَاقِعِ فِيهَا كَمَثَلِ قَوْمٍ اسْتَهَمُوا عَلَى سَفِينَةٍ فَأَصَابَ بَعْضُهُمْ أَعْلَاهَا وَبَعْضُهُمْ أَسْفَلَهَا فَكَانَ الَّذِينَ فِي أَسْفَلِهَا إِذَا اسْتَقَوْا مِنْ الْمَاءِ مَرُّوا عَلَى مَنْ فَوْقَهُمْ فَقَالُوا لَوْ أَنَّا خَرَقْنَا فِي نَصِيبِنَا خَرْقًا وَلَمْ نُؤْذِ مَنْ فَوْقَنَا فَإِنْ يَتْرُكُوهُمْ وَمَا أَرَادُوا هَلَكُوا جَمِيعًا وَإِنْ أَخَذُوا عَلَى أَيْدِيهِمْ نَجَوْا وَنَجَوْا جَمِيعًا


Telah menceritakan kepada kami Abu Nu'aim telah menceritakan kepada kami Zakariyya' berkata, aku mendengar 'Amir berkata, aku mendengar An-Nu'man bin Basyir ٌdari Nabi ٍSAW bersabda: "Perumpamaan orang yang mematuhi dan melanggar  batas-batas hukum Allah adalah seperti suatu kaum yang mengundi untuk menentukan kedudukan masing-masing yang belayar di dalam sebuah kapal. Sebahagian mereka mendapat tempat di bahagian atas dan sebahagian lagi di bahagian bawah. Apabila mereka  yang berada di bahagian bawah ingin mendapatkan air, mereka melalui tempat orang yang berada di bahagian atas. Lalu mereka berkata sesama mereka: "Jika kita melubangi tempat kita, nescaya kita tidak akan mengganggu orang yang berada di atas.  Sekiranya orang yang berada di atas membiarkan saja apa yang dilakukan orang yang di bawah itu maka mereka semua akan binasa. Namun jika mereka mencegah dengan tangan mereka maka mereka akan selamat semuanya".(HR Bukhari No: 2313) Status: Hadis Sahih


Pengajaran:


1.  Mungkar yang dilakukan oleh individu dalam masyarakat dan negara akan memberi saham yang mengugat keselamatan masyarakat dan negara tersebut.


2.  Perumpamaan hidup bermasyarakat juga bernegara seperti berada dalam satu kapal yang sedang belayar.


3.  Jika dibiarkan orang yang berada ditingkat bawah menebuk lubang hanya kerana ingin mudah mendapat air, mudaratnya akan ditanggung oleh seluruh penghuni isi kapal.


4.  Berusahalah mencegah maksiat dan mungkar yang berlaku, agar azab Allah tidak menimpa kepada semua (termasuk atas orang yang baik).  


Berusahalah mencegah kemungkaran yang berlaku di dalam KAPAL yang kita sedang naiki. 


Firman Allah:


وَٱلۡمُؤۡمِنُونَ وَٱلۡمُؤۡمِنَٰتُ بَعۡضُهُمۡ أَوۡلِيَآءُ بَعۡضٖۚ يَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَيَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِ 


Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan  (Taubah:  71)


Jangan biarkan orang menebuk kapal yang kita naiki (melakukan mungkar) tanpa usaha mencegah dari setiap kita. Apabila mungkar berleluasa,  musibah yang diturunkan tidak mengenal orang baik mahupun jahat.

23 April 2021

Hidup Adalah Belajar

 

Hati yang selalu bersih membuat hidup kita lebih bahagia tidak pernah kecewa dengan ujian,fitnah,atau iri dengki kepada orang lain,dan selalu memandang jernih setiap masalah,sehingga pasti akan tenang penuh ketentraman jiwa dalam menjalani hidup.


Dimulakan Dengan Bismillah....sudahi Dengan Alhamdulillah....Begitulah Sehari Dalam Hidup Kita

Mudah Mudahan Dirahmati Allah....


Mulakanlah sesuatu Dengan Niat Yang Satu

Untuk Mendapat KeredhaanNya..semoga Segala Urusan kita DipermudahkanNya....Agar Sentiasa Dalam Kebaikan supaya hati senantiasa Tenang


Senantiasa Bersyukur Dengan Apa Yang Ada Buruk Dan Baik Itu adalah Ketentuan Allah....Kitalah Jua Yang Memilihnya

Ingatlah Amal Yang Baik Akan Membawa Ke Syurga

Amalan Buruk Menempah Neraka.....


Sesungguhnya Hanyalah Iman, Amal Dan Juga Taqwa

Menjadi Bekal Dalam Hidup Kita....


Ilmu Pelita Menerangi segala Kegelapan....

Dari Ilmulah Datangnya segala Amalan baik mahupun buruk...Dan di tangan mu jua lah pilihan untuk mu memilih SYURGA ataupun NERAKA...


Hati yang selalu bersih membuat hidup kita lebih bahagia tidak pernah kecewa dengan ujian,fitnah,atau iri dengki kepada orang lain,dan selalu memandang jernih setiap masalah,sehingga pasti akan tenang penuh ketentraman jiwa dalam menjalani hidup.


Mahu hidup tenang dan bahagia?


Mahu sembuh dari penyakit hati? 


Mahu ada perubahan dalam diri? 


Mahu segala dipermudahkan tak kira dunia mahupun akhirat? 


Datangilah Allah swt dengan penuh keyakinan...

Hanya Dia lah yang mampu untuk mengubah semua itu.... Tetapi mengapa masih ada keraguan dalam pertemuan dengan-Nya....


Selalulah ingat Allah sentiasa ADA...

Selalulah bersangka baik dengan RABB mu...


Nak belajar hidup dengan tenang....


Selalu belajar diam dari banyaknya bicara.

Selalu belajar sabar dari sifat kemarahan.

Selalu belajar mengalah dari sifat egois.

Selalu belajar kuat ketika diuji.

Selalu belajar bersangka baik ketika fitnah bertamu..


Hidup Adalah BELAJAR.......


Belajar Bersyukur Meski tak Cukup,

Belajar Ikhlas Meski Tak Rela,

Belajar Taat Meski Berat,

Belajar Memahami Meski Tak Sehati,

Belajar Sabar Meski Terbebani,

Belajar Setia Meski Tergoda,

Belajar Memberi Meski Tak Seberapa,

Belajar Mengasihi Meski Disakiti,

Belajar Tenang Meski Gelisah,

Belajar Percaya Meski Susah,


Belajar dan Terus Belajar...

Belajar sampai pada akhirnya Allah yang menyempurnakan..

Aamiin!!


Janganlah pernah menyerah....teruslah berjuang......

Hidup bukanlah satu tujuan..,melainkan perjalanan.....

Nikmatilah..........


Hidup adalah anugerah....Terimalah....


Hidup adalah keindahan...Bersyukurlah....


Belajar hidup untuk BERSYUKUR.....


Bahagialah dengan apa yang engkau peroleh, menerima apa adanya pemberian Allah, tinggalkanlah mimpi yang tidak sesuai dengan yang engkau usahakan dan di luar kemampuan....


Jadikanlah KEGEMBIRAAN sebagai wujud SYUKUR...


Jadikan SENYUMAN mu benteng KESABARAN...


Jadikan DO’A sebagai KEKUATAN untuk hadapi hari2 yang mendatang...


Jadikan DZIKIR sebagai makanan kekuatan batin mu..


Jadikan DIAM  di waktu engkau DI UJI...


Ajar hati supaya IBADAH mu senantiasa dalam KEIKHLASAN.


Ajar diri Dan HIDUP senantiasa dalam KETAATAN.


Ya Allah...

Dengan rahmat-Mu luruskanlah hati kami agar lurus agama ini, perbaiki niat hati ini agar ikhlas selalu menyertai dan tetapkanlah iman di hati kami... Aamiin ya Rabb....



Adab & Sunah | 23 April 2021


Daripada Ka'ab bin 'Iyad berkata: Aku mendengar Nabi SAW bersabda:

"Sesungguhnya setiap ummat itu memiliki fitnah dan fitnah ummatku adalah harta."

(Sunan Tirmidzi No: 2258)
Status: Hasan Sahih

PENGAJARAN:

1.  Fitnah membawa maksud cubaan dan ujian terhadap sesuatu.

2.  Setiap kita tidak kira kaya atau miskin, berpangkat atau orang biasa tidak akan terlepas daripada ujian terhadap harta. 

3.  Ada orang yang diuji dengan harta sehingga menyibukkan diri dengan harta secara berlebihan sehingga melalaikan diri dari melaksanakan ketaatan kepada Allah dan lupa kepada akhirat.

Firman Allah:

إِنَّمَا أَمْوَالُكُمْ وَأَوْلَادُكُمْ فِتْنَةٌ ۚ وَاللَّهُ عِنْدَهُ أَجْرٌ عَظِيمٌ

Sesungguhnya hartamu dan anak-anakmu merupakan fitnah (bagimu), dan di sisi Allah-lah pahala yang besar. [at-Taghabun/64:15]

4.  Bagi orang yang dibukakan baginya pintu-pintu harta, hendaknya dia berwaspada terhadap bahaya dan fitnah harta, dengan tidak berlebihan dalam mencintainya dan terlalu berkeinginan dalam mengejarnya (Ibnu Baththal yang dinukil dalam Fathul Bari 11/245). 

5.  Rasulullah SAW mengingatkan sifat manusia: “Seandainya seorang manusia memiliki dua lembah (yang penuh berisi) harta/emas, maka dia pasti akan menginginkan lembah (harta) yang ketiga”. (HR Bukhari No: 6075).

6.  Ibnul Qayyim menyatakan: Secara tabiatnya, nafsu manusia tidak akan pernah merasa puas dan cukup dengan harta dan kemewahan dunia yang dimilikinya, kecuali orang-orang yang diberi petunjuk oleh Allah. 

7.  Ada orang yang sanggup berebut harta ahli waris dan harta anak yatim sehingga bergaduh adik beradik dan ahli keluarga.

8.  Tidak kurang juga orang yang mendapatkan harta dengan jalan yang haram seperti rasuah, mencuri, berjudi, skim cepat kaya atau menjadi scammer sebagai jalan mudah mendapatkan harta.. Ada yang diuji dengan kekurangan harta sehingga merelakan dirinya menjadi peminta sedekah atau menerima rasuah.

Moga harta tidak menjadi fitnah yang merosakkan iman dan amal kita.

SEMOGA BERMANFAAT 🥰

•══◎◎♡◎◎══•

 رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا 
 
Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Aamiin. 

"SIFAT MANUSIA ITU."

 

"SIFAT MANUSIA ITU."


♦️ Kalau senang dia akan memuji, kalau benci dia akan mencela.


♦️ Makanya,  janganlah terlalu senang jika kamu dipuji dan jangan pula terlalu sedih jika ada seseorang yang mencelamu.


♦️ Kerana kebanyakan dari pujian dan celaan itu hanyalah menggambarkan perasaan dari orang yang mencela dan memujimu, belum tentu  menunjukkan hakikat asli dari orang yg dipuji dan dicela.



22 April 2021

Wahai Para Suami Yang Soleh

 


👉🏻 Wahai para suami yang soleh sekalian..Isterimu adalah amanah Allah, bukan pemberian hanya untuk bersenang lenang di dunia ini.....ingat jangan sakiti hatinya..tetapi berilah kasih sayang dan didikan agama sepenuhnya..mereka adalah pakaian bagimu, dan kamu adalah pelindung setia buatnya..


Wahai suami yang soleh fahamilah erti perkahwinan…

Perkahwinan itu menyingkap sejuta tabir rahsia, 


Wahai suami yang soleh.....Isteri yang kamu nikahi itu.

Tidaklah semulia Khadijah, 

Tidaklah setaqwa Aisyah, 

Pun tidak setabah Fatimah…


Wahai suami yang soleh....Isterimu itu hanyalah wanita akhir zaman, Yang mempunya cita-cita ingin Menjadi solehah..


Wahai suami yang soleh....ingatlah Isteri itu ibarat tanah, Kamu langit penaungnya....

Isteri mu itu ibarat ladang tanaman, Kamu pemagarnya...

Isteri mu itu ibarat ternakan, Kamu gembalanya...

Isteri mu itu ibarat seorang murid, Kamulah gurunya...

Isteri mu itu ibarat anak kecil, dan Kamulah tempat ia bermanja...


Wahai suami yang soleh.....Saat Isteri menjadi madu, 

Kamu teguklah sepuas-puasnya, Saat Isteri menjadi racun, Kamulah penawar bisanya....


Seandainya Isteri tulang rusuk yang bengkok....

berhati-hatilah meluruskannya…


Perkahwinan, menyadarkan Kamu perlunya IMAN DAN TAQWA, Untuk belajar lebih SABAR DAN REDHA, 


Kerana Kamu miliki isteri yang tidak sehebat mana...

Tetapi Hanyalah wanita akhir zaman, Yang punya cita-cita, ingin menjadi solehah..


Kamu akan tersentak dari alpa, Kamu bukanlah Rasulullah, 

Pun bukanlah Saidina Ali Karamaullahhuwajhah, 


Cuma suami akhir zaman, 

Yang berusaha menjadi soleh...


Wahai suami yang soleh ingatlah Istrimu adalah wanita yg mengandung keturunanmu 9 bulan....


Wahai suami yang soleh..

Jangan sampai engkau tidak penuhi hak dia sebagai seorang istri..


Janganlah engkau sia-siakan dia..


Jika Ada waktu yang terluang gunakanlah untuk  menolong membantu pekerjaan dirumah dan merawat anak anakmu.. 


Ajak isteri mu bergurau senda dengan mesra atas

kebaikannya padamu agar terpupuk kasih

sayangnya kepadamu...


Jangan engkau buang waktumu hanya dengan gajet dan kawan2 mu...


Sesungguhnya disaat suka mu pasti senantiasa dikelilingi gelak tawa sahabat mu akan tetapi dia masa duka mu hanya isteri dan anak anak mu yang hanya menjadi peneman airmata mu...


Jika masakannya tidak sesedap restoran 5 bintang 

Jangan sekali kali engkau cela dan keji masakannya..


Jika andai kau pulang ke rumah dan melihat rumah mu bersepah tidak seperti hotel 5 bintang jangan lah kau bentak bentak isteri kerna isteri mu bukan bibik bergaji....cubalah bantu dan tolong apa yang patut...


Wahai suami yang soleh...bersabarlah atas kerenah anak dan isteri kerna dia bukannya malaikat dan Janganlah pula engkau kasari dia sesuka hatimu..


Berbuatlah baik kepada mereka sebagaiman junjungan kita Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam

bersabda :


ﺧﻴﺎﺭﻛﻢ ﺧﻴﺎﺭﻛﻢ ﻟﻨﺴﺎﺋﻬﻢ )ﺭﻭﺍﻩ ﺍﻟﺘﺮﻣﺬﻱ )


“Sebaik-baik kalian, (adalah) yang sikapnya terbaik terhadap perempuan-perempuan mereka (sendiri).” 

(HR. Tirmidzi).


Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam pernah

bersabda :


ﺧﻴﺮﻛﻢ ﺧﻴﺮﻛﻢ ﻷﻫﻠﻪ ﻭﺃﻧﺎ ﺧﻴﺮﻛﻢ ﻷﻫﻠﻲ )ﺭﻭﺍﻩ ﺍﺑﻦ

ﺣﺒﺎﻥ )


“Sebaik-baik kalian adalah yang terbaik dari kalian sikapnya kepada keluarganya. Dan aku adalah yang terbaik dari kalian sikapnya kepada keluarga.” 

(HR. Ibnu Hibban)


Dibelakang laki-laki yg kuat pasti ada wanita hebat.

Wanita yang setia menemani saat lelaki(suami) itu dalam keterpurukan.... 


Yang selalu memberi semangat saat lelaki(suami) itu lelah. 

Yang senantiasa menyambut kehadirannya dengan senyuman saat Ia penat selepas bekerja...


Dialah isteri.. 

Dan sebaik-baik harta paling berharga bagi Lelaki adalah Istri Solehah....


SubhanAllah...

Ukti fillah, Janganlah engkau menyia-nyiakan kesempatan ini Untk meraih Jannah-Nya....