15 April 2021

"Apa Jadi Kalau Kita Tak Redha?"

 

"Ustaz, apa jadi kalau kita TAK REDHA atas kesalahan orang lain yang orang tu buat kat kita?"


Jawapan:

"Jika 2 ekor kambing bergaduh sekalipun, di akhirat kelak, akan ditanya oleh Allah .."


Jika kita tak redha, tak memaafkan orang lain.. kita akan LEWAT MENITI TITIAN SIRAT.


Nak ke? ia akan MELEWATKAN AMALAN KITA DIHISAB ..


NAK KE ? 


SEBAB Allah nak kita selesaikan dulu kes kita ni dengan orang-orang yang kita tak redha tu. 


DAN sorang-sorang akan datang menghadap kita minta maaf ..


NAK KE ? 


Sedangkan semua orang sepatutnya berlumba-lumba mahu segera ke SYURGA.


Kita duk fikir-fikir lagi pasal nak meredhai ke tak, nak mengampunkan ke tak .."


Berbangga ke kita dengan prinsip, 

"Merangkaklah korang cari 

aku kat padang mahsyar nanti!"


Sebab bukan dia jer tertangguh masuk ke syurga, malahan kita juga.


Yakinkah kita yang kita tak perlu merangkak cari orang lain?


Lagi terseksa bila kita yang kena merangkak cari orang yang kita buat salah kat dunia.


Urusan kesalahan dia tu ..


Biar Allah selayaknya membalasnya.

Biar Allah menghakimi.

Biar dia ditanya dihadapan Allah kelak.


Memaafkan orang tak boleh baiki masa silam, Tapi akan memperbaiki masa hadapan kita.


Kita akan lebih tenang,

In shaa Allah.


Hidup ini terlalu singkat untuk saya membenci. Dengan memaafkan, hidup kita akan jadi tenang setenangnya.


Hidup ni kan nama nya persinggahan,

Tak payah nak kalut nak hakim semua orang. 


Allah kan ada ..


Kepada yang telah buat pelbagai kesalahan mahupun kesilapan dengan seseorang yang tertentu, cukuplah tu, hentikanlah, berubahlah, bertaubatlah.


Mintalah maaf dengan sekesal-kesalnya atas perbuatan lampau.


Bebaskan lah jiwa-jiwa yang sakit dan yang terluka itu dari tenang ..


Semoga Allah ampunkan dosa kita semua dan memilihnya kita penghuni Syurga-Nya 


Aamiin ♥️

4 comments:

  1. Allah.. Terima aksih untuk teguran ini..

    ReplyDelete
  2. Susahnya nak redha kalau kena hadap sesuatu dalam keadaan terpaksa.

    ReplyDelete
  3. Allahu.. risau pula Hari ni.. Mari perbanyakkan amalan Dan jauhi munkar

    ReplyDelete
  4. Terima kasih untuk teguran ini.. sama-sama kita cuba perbaiki diri...

    ReplyDelete

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Saya sangat menghargai komen yang diberikan, jika komen itu tidak melanggar apa jua sensitiviti. Kalau ada pelanggaran, saya tidak akan teragak-agak untuk memadamnya tanpa menyiarkannya. Terima kasih!