Bagaimana proses 'decluttering' mampu memperbaiki situasi kewangan?
1. Bila kita lepaskan barang-barang yang tidak perlu di rumah, kita declutter, rumah akan jadi semakin lapang.
2. Bila kurang barang, rumah lapang, hati makin tenang, barulah kita sedar yang sebenarnya kita memang boleh hidup tanpa kebanyakan barang itu.
3. Bila sudah sampai tahap ini, kita dengan sendirinya akan berhenti membeli barang-barang baru apatah lagi yang tidak perlu. Wang jimat, malah masa untuk mengurus barang-barang pun dapat dijimatkan: menyebabkan kita ada lebih masa untuk perkara-perkara yang lebih penting.
Insya Allah.
#tipsminimalism
#Bahagiadengancukup
Yang penting, apabila membeli barang itu mesti bezakan keperluan dan kehendak
ReplyDeletecukuplah hidup dengan barang yang perlu sahaja
ReplyDeleteCukuplah dengan barang yang perlu sahaja, bezakan keperluan dan kehendak.
ReplyDeletekena beli barang yang perlu je..
ReplyDelete