Hayatilah...
Kita adalah kejadian yang sempurna tetapi apa yang kita lakukan selalunya tidak sempurna.
Pandangan mata selalu menipu,
Pandangan akal selalu tersalah,
Pandangan nafsu selalu melulu,
Dan pandangan hatilah yang hakiki,
Kalau hati itu bersih...
Lahir satu tarikh tidak dapat dipinta,
Mati satu tarikh tidak dapat ditunda...
Bila mata bertemu mata akan mula rasa kasih.
Bila hati bertemu hati akan mula rasa sayang.
Tapi....bila dahi bertemu sejadah akan terasa kebesaran Allah S.W.T
Menuntut ilmu adalah taqwa,
Menyampaikan ilmu adalah ibadah,
Mengulang2 ilmu adalah zikir,
Mencari ilmu adalah jihad,
(Al-Ghazali)
Sesungguhnya mati jasad kerana roh,
Mati roh kerana tiada ilmu,
Mati ilmu kerana tiada amal
Dan mati amal kerana tiada istiqamah.
Inginkan mutiara selamilah lautan,
Inginkan bahagia tempuhilah penderitaan,
Inginkan kejayaan relailah pengorbanan..
Ketahuilah bahawa setiap kepahitan itu sebenarnya terkandung seribu kemanisan
Wallahu alam
rangkap atas tu teringat lagu nasyid...
ReplyDeleteInsha Allah. Thanks sharing
ReplyDeleteilmu perlulah di amal
ReplyDelete