09 April 2021

Helang Dan Gagak

 



Satu-satunya burung yang berani mematuk helang adalah burung gagak.

Gagak akan hinggap di belakang helang dan mematuk-matuk lehernya.

Namun, burung helang tidak bertindak-balas dan menyerang gagak semula.

Ia tidak membuang masa dan tenaganya untuk menentang gagak.

Cukuplah helang melebarkan sayapnya dan terbang dengan lebih tinggi ke langit.

Semakin tinggi helang terbang, semakin sukarlah gagak bernafas dan akhirnya gagak akan jatuh kerana kekurangan oksigen.

Pengajaran :

1 - Berhenti buang masa dengan orang yang ada perangai macam burung gagak.
2 - Orang yang berlagak hebat sedangkan dia lemah akan terserlah juga kelemahan bila sampai masanya.
3 - Mereka yang yakin dengan Allah akan dikurniakan kekuatan untuk terus berjuang sehingga berjaya.

Kun Anta,
Yakinlah dengan Allah, Allah akan permudahkan segalanya.

Kredit: DrZab

5 comments:

  1. jgn dilayan org yg berlagak..buat dunno je..

    ReplyDelete
  2. Betul tu. Tak perlu buang masa untuk perkara yang tak penting.

    ReplyDelete
  3. hidup kena selalu merendah diri.... :)

    ReplyDelete
  4. Susah nak cakap.. Saya ni suka berkawan dengan sesiapa. Dalam hidup saya, tak pernah ada dan membuat musuh. Tapi, kadang² kita saja yang ingin berkawan, namun orang taknak kawan kita.. Entahlah..Barang kali sudah boleh berkira-kira mencari insan yang benar² bersilaturahim dengan saya saja, yang taknak, tak perlu lagi saya melayannya.

    ReplyDelete

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Saya sangat menghargai komen yang diberikan, jika komen itu tidak melanggar apa jua sensitiviti. Kalau ada pelanggaran, saya tidak akan teragak-agak untuk memadamnya tanpa menyiarkannya. Terima kasih!