16 April 2021

"IMAN TANDA CINTA DARI ALLAH"

 

"IMAN TANDA CINTA DARI ALLAH"


● Keimanan itu begitu berharga, kerana iman hanya istemewa untuk orang beriman.


● Iman hanya diberikan kepada hamba yang Allah pilih. Iman hanya terkhusus bagi siapa yang Allah cinta. Berbeda dengan harta.


● Kerana orang yang  beriman dan orang yang sangat kufur sekali pun sama-sama akan Allah beri harta.


● Sedangkan bagaimana dengan iman...? Iman hanya ada pada sisi orang beriman.


● Maka inilah yang patut kita sykuri. Meskipun dunia tidak kita dapat, kita harus tetap bersyukur masih ada sedikit harta yang Allah beri.


● Meskipun harta kita terbatas, masih ada iman yang begitu berharga yang masih kita rasakan nikmatnya.


● Ibnu Mas’ud radhiyallahu ‘anhu berkata :


إِنَّ اللهَ يُعْطِي الدُّنْيَا مَنْ يُحِبُّ وَمَنْ لاَ يُحِبُّ ، وَلاَ يُعْطِي الإيْمَانَ إِلاَّ مَنْ يُحِبُّ.


“Sesungguhnya Allah memberi dunia pada orang yang Allah cinta mahupun tidak. Sedangkan iman hanya diberikan kepada orang yang Allah cinta.”


(Diriwayatkan oleh Al Maruzi dalam Zawaiduz Zuhd, Ibnu Abi Syaibah 3/294, Al Bukhari dalam Adabul Mufrod : 279 Sanadnya Shahih Kata Syaikh ‘Ali Al Halabi Dalam Tahqiq Beliau Terhadapa Kitab Ad Daa’ wad Dawaa’ Ibnul Qayyim)


● Iman itu begitu berharga. Oleh kerananya, selalu mintalah pada Allah keimanan yang kukuh.


● Jangan sampai iman ini digadaikan hanya kerana dunia.


● Mohonlah pada Allah, jangan sampai iman ini hilang di saat malaikat maut mencabut nyawa kita.


● Iman itulah tanda cinta dari Allah. Sedangkan harta belum tentu tanda Allah cinta pada hamba.

3 comments:

  1. Semoga Kita mendapat keimanan itu

    ReplyDelete
  2. Moga iman kekal dalam diri kita hingga ke akhir nyawa. Aminn.

    ReplyDelete
  3. Moga kita berada dalam keadaan beriman sentiasa

    ReplyDelete

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Saya sangat menghargai komen yang diberikan, jika komen itu tidak melanggar apa jua sensitiviti. Kalau ada pelanggaran, saya tidak akan teragak-agak untuk memadamnya tanpa menyiarkannya. Terima kasih!