Jika kita berusaha keras, kuat dalam genggaman, jika bukan jodoh kita akan berpisah jua Namun jika dia jodoh kita, terpisah jauh, dilambung badai ujian, banyak duri ranjau kita lalui bersama suatu masa pasti akan bersama semula.
Usah berfikir yang buruk-buruk.Jernihkan hati dan minda.
Jika ada rasa ego cepat-cepat berubah.
Perselisihan pendapat itu biasa.
Tapi jangan diperbesarkan perkara yang remeh temeh.
Percaya akan ketentuan Yang Maha Esa.
Jika kita yakin, insyaallah akan bertemu seseorang yang mencintai kita kerana Allah.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
“Tidaklah kekayaan itu dengan banyak harta, tetapi sesungguhnya kekayaan itu ialah kekayaan jiwa.”
( Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
bila la nak bertemu jodoh ehhh
ReplyDeletebetul tu..
ReplyDelete