Kesihatan yang baik dan kelapangan masa merupakan nikmat yang sangat besar selepas nikmat iman dan islam.
Tapi ramai orang tidak menyedari akan kebesaran dua nikmat ini kecuali selepas kehilangan kedua-duanya. Ketika mempunyai badan yang sihat dan kelapangan masa, ramai orang mensia-siakannya lalu menghabiskan masa dengan perkara tak berfaedah dan melalaikan.
Mereka menganggap ibadah yang sebenarnya mudah sebagai halangan untuk melakukan tugasan lain. Mengerjakan solat bukanlah memakan masa yang lama, apatah lagi membaca Al Quran dan berzikir.
Kita boleh melakukan sambil melakukan apa-apa pekerjaan.
Tapi kerana malas yang menguasai menyebabkan perkara mudah menjadi sukar.
Beginilah orang yang mensia-siakan anugerah kelapangan masa dan kesihatan badan, sehinggalah mereka terlantar sakit da tidak bermaya, maka ketika itulah baru menyedari akan segala nikmat.
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Saya sangat menghargai komen yang diberikan, jika komen itu tidak melanggar apa jua sensitiviti. Kalau ada pelanggaran, saya tidak akan teragak-agak untuk memadamnya tanpa menyiarkannya. Terima kasih!