06 April 2021

Taubat Sebelum Terlambat


 Taubat Sebelum Terlambat


Setiap daripada kita pasti tidak akan terlepas daripada melakukan dosa kepada Allah SWT sama ada kecil atau besar, sedar atau tidak. Hal ini merupakan lumrah bagi setiap insan yang bergelar manusia. Walau bagaimanapun, Allah SWT sangat mengasihi hamba-hamba-Nya yang bersegera untuk bertaubat.


Taubat merupakan cara untuk seseorang membersihkan dirinya daripada perbuatan dosa yang dilakukan. Sekiranya ia melibatkan hak Allah maka itu lebih mudah untuk memohon keampunan berbanding dosa tersebut melibatkan hak manusia kerana hak tersebut perlu dikembalikan.


Antara panduan yang diajar oleh Nabi SAW dalam bertaubat adalah seperti yang disebutkan dalam hadith di bawah:


Daripada Abu Bakar al-Siddiq RA, katanya: Rasulullah ﷺ bersabda:


مَا مِنْ عَبْدٍ يُذْنِبُ ذَنْبًا فَيُحْسِنُ الطُّهُورَ ، ثُمَّ يَقُومُ فَيُصَلِّي رَكْعَتَيْنِ ، ثُمَّ يَسْتَغْفِرُ اللَّهَ إِلَّا غَفَرَ اللَّهُ لَهُ


Maksudnya: "Setiap orang yang melakukan dosa, lalu dia memperelokkan wudhu'nya. Kemudian, dia menunaikan solat dua rakaat lalu memohon keampunan kepada Allah melainkan Allah akan mengampunkan baginya."

[Riwayat Abu Dawud]


Oleh itu, lazimilah diri kita dengan istighfar, solat-solat sunat (spt solat sunat Taubat) dan amal ibadah yang lain. Moga-moga amalan tersebut dapat menghapuskan dosa-dosa kecil yang kita lakukan. Adapun dosa-dosa besar ia berhajat kepada taubat nasuha (sebenar-benar taubat) dengan meninggalkan dosa tersebut serta-merta, menyesal, berazam untuk tidak mengulanginya. Di samping, kita memperbanyakkan amalan soleh. 


Wahai saudaraku, bertaubatlah selagi pintu taubat masih terbuka luas di hadapan kita! Sesungguhnya Allah amat rindu dan cinta kepada hamba-hamba-Nya bertaubat.


Credit: Ust. Mushfique Ayub fb

4 comments:

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Saya sangat menghargai komen yang diberikan, jika komen itu tidak melanggar apa jua sensitiviti. Kalau ada pelanggaran, saya tidak akan teragak-agak untuk memadamnya tanpa menyiarkannya. Terima kasih!