14 April 2021

"TENTERAM JIWA"


 ●  Seorang mukmin tidak mengenal sesuatu yang namanya sakit jiwa. 


●  Kerana dia hidup di dalam keadaan mampu menerima dan menyesuaikan diri dengan segala apa yang terjadi.


●  Baik suatu yang menyenangkan dirinya mahu pun yang menyusahkan dirinya.


●  Hatinya selalu berada di dalam keadaan yang tenteram dan berjiwa tenang.


●  Dirinya akan melihat dengan cahaya batin yang bersinar, bahawasanya dunia ini hanyalah tempat ujian dan bala yang bersilih ganti.


●  Hanya sebagai tempat persinggahan, bukannya tempat untuk menetap yang kekal. 


●  Hanya dirinya bertamu sejenak di dalam waktu yang terbatas.


●  Keburukannya akan lenyap dan kebaikannya pun tidak kekal abadi. Yang hanya sanggup bersabar menghadapi segalanya, maka dialah yang beruntung.


●  Dan yang mampu bersyukur, maka dialah yang akan menang.


Istighfar mu membuka ruang kesembuhan!


Istighfar lah dengan istiqamah



5 comments:

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Saya sangat menghargai komen yang diberikan, jika komen itu tidak melanggar apa jua sensitiviti. Kalau ada pelanggaran, saya tidak akan teragak-agak untuk memadamnya tanpa menyiarkannya. Terima kasih!