23 May 2021

10 sifat yang sepatutnya ada pada seorang Muslim yang benar-benar Islam akhlaknya.

 

10 sifat yang sepatutnya ada pada seorang Muslim yang benar-benar Islam akhlaknya.


1. Bersifat warak daripada perkara haram dan syubhah. 


Seorang Muslim mestilah sentiasa menjauhkan diri daripada perkara-perkara haram dan berjaga-jaga dengan perkara syubhah.


2. Menundukkan pandangan


Tundukkan pandangan kerana pandangan itu boleh menimbulkan syahwat dan mendorong kepada maksiat.


3. Memelihara lidah


Seorang Muslim sepatutnya memelihara lidah daripada berkata-kata kotor dan tidak berfaedah supaya kata-kata itu tidak membawa kepada perkara haram dan dosa.


4. Malu


Seorang yang Islam akhlaknya sepatutnya malu untuk mengelakkan kita terjerumus dalam hal-hal berkaitan orang lain. Namun, janganlah malu untuk menegakkan kebenaran.


5. Lemah-lembut dan sabar


Sifat inilah yang sepatutnya lebih menonjol dalam akhlak seorang Muslim kerana perjalanan menegakkan kebenaran penuh dengan kesukaran dan halangan, maka perlu sekali untuk para muslim yang membuat kerja dakwah untuk berlemah lembut dan bersabar.


6. Bersifat benar dan jujur.


Sifat dusta akan meruntuhkan jiwa dan membawa kehinaan kepada peribadi manusia.


7. Tawadduk


Seorang muslim hendaklah bersifat rendah diri dan sentiasa berjaga-jaga agar tidak berbangga diri.


8. Menjauhi perbuatan sangka buruk, mengumpat, menjejak keburukan orang lain. 


Seorang yang Islam akhlaknya tidak sepatutnya dengan rela memakan daging saudaranya sendiri dan tidak akan mencari-cari kesalahan dan keburukan saudaranya.


9. Pemurah


Seorang yang Islam akhlaknya mestilah menjadi seorang pemurah. Perjalanan menegakkan kebenaran Islam amat menuntut Muslim untuk mengorbankan harta dan wang ringgit.


10. Qudwah hasanah


Seorang Muslim hendaklah menampakkan dirinya dari setiap segi, sama ada percakapan, pergaulan, cara makan dan minum, semuanya perlu menunjukkan sifat seorang Muslim yang benar.



No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Saya sangat menghargai komen yang diberikan, jika komen itu tidak melanggar apa jua sensitiviti. Kalau ada pelanggaran, saya tidak akan teragak-agak untuk memadamnya tanpa menyiarkannya. Terima kasih!