1) Sedekah walau sempit
Sedekah di saat susah amalan yg paling mulia. Tak semua mampu buat teman². Jika kau boleh buat, kau hebat. Percayalah.
Makin banyak kau memberi, tak akan mengurangi harta yg kau miliki, bahkan berlipat ganda nikmat yg datang. Yakin dengan janji Allah.
2) Senyum walau tengah sedih
Senyum itu adalah sedekah. Senyuman adalah kebajikan dan kebaikan yang paling mudah untuk dilakukan. Ia menggambarkan kebersihan dan keperibadian insan yang memberi senyuman.
Sahabat bernama Jabir berkata: "Setiap kali aku bertemu dengan Nabi Muhammad SAW, aku sentiasa melihat senyuman pada bibirnya."
3) Bersangka baik pada Allah walau dalam kesulitan
Walau seberat apa pun ujian yg dilalui, ingatlah semuaNya atas izin ilahi. Mungkin harini nak pergi kerja pastu tiba2 kereta rosak. Yg rosak itu hanyalah asbab. Ujian tanda Allah sayang kerana kau mampu ๐ฅฐ
Rasulullah SAW bersabda, Allah SWT berfirman:
“Aku Allah, menurut sangkaan hamba-Ku kepada-Ku. Jika dia menyangka baik kepada Aku, maka baginya kebaikan sangka baiknya kepada Aku dan jika dia menyangka dengan sangkaan buruk kepada-Ku, maka baginya sangkaan buruknya kepada-Ku.”
(HR Ibnu Hibban)
3 perkara ini jugak yg akan mengubah hidupmu. InshaAllah๐ฅฐ๐คฒ๐ป
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Saya sangat menghargai komen yang diberikan, jika komen itu tidak melanggar apa jua sensitiviti. Kalau ada pelanggaran, saya tidak akan teragak-agak untuk memadamnya tanpa menyiarkannya. Terima kasih!