31 May 2021

Bersyukur

 



Ada pakaian untuk dipakai hari ini, ada makanan untuk dimakan hari ini, dan ada tempat untuk bermalam hari ini. Kalau kita mahu bersyukur itu sudah menjadi satu nikmat besar kepada kita. 


Kerana malam ini, ada keluarga yang menangis kerana anaknya masih lapar. Ada orang yang menangis kerana sakit dan ada yang tak punya rumah untuk bermalam.


Sebelum mengeluh, bayangkan sebentar posisi mereka dan ingat betapa beruntungnya kita.



Dengar Lagu | Oh La La Tropika - Fran


 Tiba-tiba teringin nak dengar lagu lama. Aci kan? 





S A A D B I N A B I W A Q Q A S H

 




Nama lengkapnya Saad bin Malik bin Uhaid bin Abd Manaf Az-Zuhri, biasa dipanggil Abu Ishaq dan digelari Faris Al-Islam


Dilahirkan di Mekah pada tahun 23 sebelum Hijrah. Ia termasuk orang yang mula-mula masuk Islam. Ketika itu ia baru berusia 17 tahun


Setelah masuk Islam, ibunya mogok makan agar Saad murtad dari Islam. Saad berkata, "Perlu diketahui wahai ibuku, sekiranya ibu memiliki 100 nyawa dan nyawa ibu dicabut oleh malaikat satu persatu, maka aku tidak akan murtad dari agama baruku ini."


Daripada peristiwa ini, lalu turunlah firman Allah yang bermaksud, "Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan Aku (dalam ibadatmu) dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya, maka janganlah engkau taat kepada mereka. Kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, kemudian Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan. (Al-Ankabut)


Saad adalah orang yang pertama memanah dalam perang di jalan Allah. Saad adalah salah seorang antara 10 sahabat yang dijamin syurga oleh Rasulullah ‎ﷺ 


Tatkala sampai berita tentang serangan Pasukan Persia terhadap kaum muslimin dan gugurnya 4,000 tentera muslimin dalam pertempuran Al-Jisr dan penduduk Iraq mengingkari janji mereka, Khalifah Umar bin Al Khattab رضي الله عنه telah memutuskan untuk mengepalai sendiri angkatan tentera Muslimin


Akan tetapi kaum muslimin tidak bersetuju. Abdurrahman bin Aus رضي الله عنه mengusulkan untuk mengutuskan Saad bin Abi Waqqash sebagai panglima perang. Pasukan Saad telah berjaya memerangi pasukan Persia sampai ke wilayah Nahrawand kemudian ke wilayah Al-Madain


Dalam perang Al-Madain, pasukan yang dipimpinnya menyeberangi sungai Eufrat. Ketika mereka turun ke sungai dengan kenderaan tunggangan mereka, Saad menyuruh mereka mengucapkan, "Kami meminta pertolongan kepada Allah dan bertawakkal kepadanya. Cukuplah bagi kami Allah sebagai wakil. Tidak ada daya dan kekuatan selain daya dan kekuatan dari Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung." Setelah itu mereka berjalan atas sungai seperti mereka berjalan di darat


Saad adalah salah satu diantara enam orang yang ditunjukkan oleh Umar sebagai calon untuk menggantikannya sebagai Khalifah selepas peninggalannya. Saidina Uthman bin Affan رضي الله عنه dipilih sebagai pengganti Umar


Saad menghindarkan diri dari pergolakan politik antara Saidina Ali (Khalifah ke-4) dengan Saidina Muawiyah


Ia kehilangan penglihatannya di akhir hayatnya. Ia meninggal dunia di istananya di daerah Al-‘Aqiq yang berjarak 5 batu dari Kota Madinah. Ia meninggal pada tahun 55H dalam usia 80 tahun



30 May 2021

Wanita..

 

Wanita..

Nampak lemah tapi kuat jati dirinya.

Segala kelukaan disimpan rapi hanya Allah saja yang tahu.Dia sedar ujian mematangkan dirinya agar lebih kuat.

Dia tak boleh lemah kerana jika dia lemah bagaimana dia mahu menunaikan tanggungjawabnya kepada orang tersayang.


Hidupnya pura-pura bukan pura-pura keran hipokrit.Pura-puranya agar mereka melihat dia kuat biarpun di dalam hatinya amat lemah, segala perasaan bermain di fikiran.Tapi dia tahu dia tak boleh melayan perasaan negatif itu.



Doaku Hari Ini | 30 Mei 2021

 


*السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*

*بسم الله الرحمن الرحيم*
*الحمد لله رب العلمين، والصلاة والسلام علي محمداشرف المرسلين و علي اله وصحبه اجمعين*

Ya Allah Ya Tuhan kami, pada hari *SELASA* ini, kami memohon kpdMu, lapangkanlah hati kami, bahagiakanlah keluarga kami, luaskanlah rezki kami dan mudahkanlah urusan2 kami.

Ya Allah Ya Rahim Ya Razzak, 
limpahkanlah rezeki yang berpanjangan dan mencukupi lagi berkat kepada kami. Sihatkanlah tubuh badan kami, pendengaran kami juga penglihatan kami. Dan jadikanlah kami sentiasa di dlm keredhoanMu Ya Allah.

Allahumma Ya Ghaffar, kami memohon keampunan ke atas segala dosa kami, dosa kedua ibubapa dan mertua kami, dosa anak2 dan pasangan kami, kaum keluarga kami, sahabat2 kami; dan, dosa sekalian mukminin mukminat muslimin muslimat di mana saja mereka berada.

*رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ*
*وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَ ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ*

*وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن*



29 May 2021

Tiang

 


Solat adalah tiang agama.

Bayangkan tanpa tiang bagaimana mahu membina sebuah rumah?

Bayangkan jika tidak solat bagaimana hubungan kita dengan Allah?

Puasa pula bukanlah sekadar kita menahan lapar dan dahaga.

Iannya melatih kita menahan sabar, menahan hawa nafsu.

Bulan sepatutnya kita memperbanyakkan amal ibadah kita.



Prasangka

 

Hindarkan diri dari prasangka.

Lumrah dalam kehidupan ini, ada yang suka kan kita, ada yang tidak.Tidak semuanya ikhlas dalam perhubungan, maka janganlah meletakkan seratus peratus kepercayaan, kelak kita sendiri yang akan kecewa.


Jika ada yang cuba melaga-lagakan antara kita, anggaplah itu ujian buat kita.Usahlah melenting, jika kita di pihak yang benar, Allah ada melihat segalanya.Diam dan cuba menjaga diri agar tidak melakukan sesuatu yang akan kita kesali.


Apapun keburukan orang buat pada kita, pandanglah satu kebaikannya.

Mungkin dia perlukan perhatian, kurang kasih sayang dan perlukan teman untuk mengadu masaalah.

Sabarlah, setiap perbuatan baik dan buruk ada balasannya.



BILA DIRI DI UJI

 


mohonlah pada Allah untuk bimbing hati kita.


mintalah nasihat daripada orang soleh dan daripada sahabat yang soleh


bila kita diuji tanda Allah sayang pada kita, tanda Allah nak naikkan darjat kita, Allah nak memperkuatkan diri kita.


bersangka baiklah dengan Allah kerana Allah bersama sangkaan-sangkaan hambanya


dekat diri kita kepada Allah, perbanyakkan amal, perbetulkan solat kita, hayati solat kita.


jangan kita jauh daripada Allah dan jangan pula kita berputus asa kerana hanya pada dia sahajalah adanya jalan penyelesaian.


mati tidak kira usia.

nanti bila saat nyawa ditarik...apa yang dapat kita banggakan? rupa? populariti? harta? followers? viewers?


Allahu....


Semoga bermanfaat...




28 May 2021

Dosa Yang Paling Besar...

 


Dosa yang paling besar, yang paling banyak dan sering dilakukan manusia pada hari ini dan hampir ada didalam setiap rumah ialah Dosa Meninggalkan SOLAT.


Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam kata, pemisah diantara islam dan kufur ialah Meninggalkan Solat.


Sebab satu orang manusia bila dia tak sembahyang, dia buatlah seribu kali umrah, dia bacalah Al-Quran sehari 30 juzuk, dia bersedekahlah sebulan RM50k pun,


Nescaya kesemua ibadat dia tidak diterima dan ditolak mentah mentah oleh ALLAH subhanahu Wa Ta'ala.


Tuan tuan, apa kunci ALLAH terima semua jenis ibadah? "SOLAT."


[Al Fadhil Ustaz Wadi Annuar Ayub] .




Adab dan Sunnah | 28 Mei 2021



Abu Hurairah رضي الله عنه meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah ‎ﷺ bersabda, 


"Orang yang paling banyak mendapat manfaat daripada syafaatku pada hari kiamat nanti ialah seorang yang mengucapkan kalimah La ilaha illallah dengan ikhlas di dalam hatinya."


Hadis Riwayat Bukhari

{62:10}

 




فَإِذَا قُضِيَتِ الصَّلَاةُ فَانتَشِرُوا فِي الْأَرْضِ وَابْتَغُوا مِن فَضْلِ اللَّهِ وَاذْكُرُوا اللَّهَ كَثِيرًا لَّعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ 

Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat). 

Al-Jumu'ah {62:10}



27 May 2021

JANGAN RIAK DENGAN AMALAN

 




Jangan yakin sangat kamu dapat masuk syurga jika kamu rasa kamu seorang yang sangat taat pada ALLAH sedangkan kamu nampak baik sebab ALLAH tutup aib kamu. Kamu pandang hina dosa orang lain sedangkan kamu sendiri tidak tahu bagaimana pengakhiran hidup kamu.

Iblis dilaknat ALLAH dan dijanjikan neraka ALLAH ketika dia dipuncak ahli ibadat yakni ketua kepada semua malaikat. Inikan pula kamu sekadar manusia biasa hamba yang hina.

Cukup² lah merasa diri tu baik, rasa diri suci takde dosa. Kerana itulah penyebab Azzazil seorang ketua malaikat yang paling ALLAH sayang jadi seorang yang paling ALLAH murka dan jadi penghuni neraka buat selamanya.

Jangan pandang hina orang yang pernah buat banyak dosa, kadang-kadang, orang yang banyak buat dosa pada masa silam lah yg jadi antara orang yg paling taat pada perintah ALLAH di kemudian hari. who knows.. Kuasa ALLAH.



"LUAR BIASA BAGI YANG MEMBACA AL-QUR'AN"

 

"LUAR BIASA BAGI YANG MEMBACA AL-QUR'AN"


• Berkata Abdul Malik bin Umair:- "Satu-satunya manusia yang tidak tua adalah orang yang selalu membaca Al-qur'an".


• "Manusia yang paling jernih akalnya adalah para pembaca Al-qur'an".


• Berkata Al-imam Qurtubi:- "Barang siapa yang membaca Al-qur'an,  maka Allah akan menjadikan ingatannya segar meskipun umurnya telah mencapai 100 tahun".


• Imam besar Ibrahim al-Maqdisi memberikan wasiat pada muridnya Abbas bin Abdi Daim rahimahullah.

"Perbanyaklah membaca Al-qur'an jangan pernah kau tinggalkan, kerana sesungguhnya setiap yang kamu inginkan akan di mudahkan setara dengan yang kamu baca".


• Berkata Ibnu Solah:- "Bahwasannya para Malaikat tidak diberi keutama'an untuk membaca Al-qur'an, maka oleh karena itu para Malaikat bersemangat untuk selalu mendengar saja dari baca'an manusia".


• Berkata Abu Zanad:- "Di tengah malam, aku keluar menuju masjid Rasulullah shallallaahu alaihi wa sallam sungguh tidak ada satu rumahpun yang aku lewati melainkan pada nya ada yang membaca Al-qur'an".


• Berkata Shaikhul Islam ibnu Taimiyyah:- tidak ada sesuatu yang lebih bisa memberikan nutrisi otak, kesegaran jiwa, dan kesehatan tubuh serta mencakup segala kebahagiaan melebihi dari orang yang selalu melihat kitabullah ta'ala".


• Bergantunglah pada Alqur'an niscaya kau akan mendapatkan keberkahan. 

Allah berfirman:- "ini adalah kitab yang kami turunkan kepadamu yang penuh keberkahan agar mereka mau mentadaburi ayat-ayatnya".


• Berkata sebagian ahli tafsir

"Manakala kita menyibukkan diri dengan Al-qur'an maka kita akan di banjiri oleh sejuta keberkahan dan kebaikan di dunia".


• "Saya memohon kepada Allah agar mberikan taufiqnya kepada kita semua untuk selalu membaca Al-qur'an dan mengamalkan kandungannya".




26 May 2021

A N T A R A H I K M A H D I S E B A L I K S A K I T

 


Sakit mengangkat darjat, menghapuskan dosa dan menambah kebaikan.


Aisyah رضي الله عنها berkata Nabi ‎ﷺ bersabda,


"Tidak ada seorang Muslim pun yang tertusuk duri, atau yang lebih dari itu, melainkan ditulis untuknya satu darjat dan dihapus darinya satu kesalahan."


Hadis Riwayat Muslim


Sakit meninggikan kedudukan di sisi Allah.


Abu Hurairah رضي الله عنه meriwayatkan bahawa Nabi ‎ﷺ bersabda,


"Sesungguhnya seseorang akan memperoleh kedudukan di sisi Allah, ia tidaklah memperolehnya dengan amalan, Allah senantiasa terus mengujinya dengan sesuatu yang tidak disukainya, hingga ia memperolehinya."


Hadis Riwayat Hakim


Sakit adalah bukti Allah mengkehendaki kebaikan buat hambaNya.


Syuhaib bin Sinan رضي الله عنه berkata Rasulullah ‎ﷺ bersabda,


"Sungguh mengagumkan perkara seorang mukmin, sesungguhnya semua perkaranya menjadi kebaikan, dan hal itu tidak pernah terjadi kecuali bagi seorang mukmin. Jika ia mendapat kesenangan, ia bersyukur, maka hal itu menjadi kebaikan baginya, dan jika ia mendapatkan musibah, ia bersabar, maka itu menjadi kebaikan baginya."


Hadis Riwayat Muslim 



Wordless Wednesday | 26 Mei 2021


 


"Aku mampu lalui semua ini"

 



Dunia sememangnya tempat di mana kita semua akan diuji oleh Allah. Selagimana seseorang itu berpijak di atas bumi-Nya, pastilah dia tidak akan bebas dari yang namanya ujian dan pancaroba. 


Meski terkadang rasa tidak tertahan sakit ditampar ujian, tidak tertanggung berat beban yang ditimpakan, percayalah bahawa semua itu hanya sangkaan semata-mata. 


Allah berjanji bahawa Dia tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya. Sungguh, Dia tidak akan sesekali memungkiri janji. Semua janji-Nya itu adalah benar dan pasti. 


Maka, tenanglah. 


Katakan pada diri, "Aku mampu lalui semua ini"




25 May 2021

Wahai Engkau Mukminah Sejati..


 Dalam melangkah terkadang di uji dengan ujian yang terasa berat hingga kita terduduk dan menangis. Perih terasa kian menyakitkan.... 


Andai Perlu direnungkan kembali ke dalam diri mungkin air mata itu hadir kerna DIA mahukan kita menjahit kembali sajadah iman yg kian terkoyak, lantaran ada langkah2 yang tersasar dari keikhlasan hati.


Wahai Engkau Mukminah Sejati..


Andai benar ada secebis keinsafan....

Andai mempunyai secubit rasa keikhlasan....

Bajailah ia dengan Al-Quran....

Jadikan hati sebagai kiblat lisan...

tuntunlah hati dengan as-Sunnah...


Ingatlah jangan jadi orang yang tak mengenal budi kepada Ilahi...

Jangan pernah bosan berjuang dalam mencari cinta yang abadi...


Kerna tujuan kita menuju syurgawi yang menanti.....


Insya Allah......


Wahai Mukminah Sejati...


Jikalau engkau tahu, masa tak kan kembali lagi....

Jangan biarkan masa pergi tanpa engkau tinggalkan setitik pengertian...


Wahai mukminah sejati..


Dalam detik masa yang berlalu itu.. Terkadang terpuruk diri dalam dilema, antara kasih insan dihati, dan cinta Allah yang dikejari....


Tetapi engkau mutiara yang bersinar....

Serikandi yang menghiasi taman2 Ilahi.....

Yang memberi kedamaian dan ketenangan mata yg memandang....

Yang Menjadi sayap kiri perjuangan Islam......

Bidadari dunia.... 

Bintang harapan agama....


Abadikan diri mu agar menjadi mukminah sejati, isteri solehah.....


Sesungguhnya engkaulah Mujahidah yang mantap keimanannya....


Engkaulah Mujahidah itu...

Yang hatinya dibalut rasa takwa....

Yang jiwanya penuh penghayatan.....

Yang senantiasa haus dengan Ibadah.... 

Yang senantiasa dahaga redha Allah....

Yang hidup di bawah naungan Al-Quran....

Yang sujudnya penuh kesyukuran dngan rahmat Allah ke atasnya.


Wahai mukminah sejati...


Allah menjadikanmu penuh dengan kesucian..

Allah akan menanyakannya.....

Saat nanti kembali kepada Nya ..


Adakah kau jaga pelihara kesucian yang Allah berikan itu....


Sudahkah engkau Bersedia dengan jawapan yang Allah kehendaki...


Semoga dengan jawapan itu nanti tidak Allah campakkan ke jurang neraka Nya....


Allahu...


Semoga kita semua di izinkan Ilahi menghiasi taman firdausi sbagai wardatul jannah di syurgawi nanti. 


Aamiin.....


IKHLAS


 ●  Ikhlas merupakan pembuka pahala, amalan penolak bala'. Firman Allah SWT dalam Al-Qur'an dalam *(Surah Al-Bayyinah : Ayat : 5).*


وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ حُنَفَاءَ وَيُقِيمُوا الصَّلَاةَ وَيُؤْتُوا الزَّكَاةَ وَذَٰلِكَ دِينُ الْقَيِّمَةِ

●  Pada hal mereka tidak  diperintah melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadah kepadanya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan Sembahayang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah Agama  yang benar.

●  Oleh kerana itu, tazkirah hari ini, ingin berkongsi sedikit tips bagaimana mencapai keikhlasan dalam melakukan amalan, di antaranya : Hadirkan niat kerana Allah SWT dalam setiap amalan yang dilakukan meskipun kecil.

●  Tanamkan perasaan benci dalam hati untuk mengharapkan pujian manusia.

●  Perbanyakkan muhasabah diri.

●  Biasakan diri melakukan ibadah (yang sunnah sunnah) secara bersendirian.

●  Lazimkan mengucapkan alhamdulillah serta beristighfar.

●  Tanamkan sifat sabar dalam diri.

●  Menjauhkan diri dari sifat berbangga dengan diri.

●  Perbanyakkan doa kepada Allah SWT agar dijauhkan diri kita dari pada sifat riak dan takabbur.

.

اللَّهُمَّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي ظُلْمًا كَثِيرًا وَلَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ فَاغْفِرْ لِي مَغْفِرَةً مِنْ عِنْدِكَ وَارْحَمْنِي إِنَّكَ أَنْتَ الْغَفُورُ الرَّحِيم


●  Ya Allah... Sesungguhnya aku telah menganiaya diriku dengan kezaliman, dan tiada yang mengampuni dosa selain Engkau, maka ampunilah daku dengan pengampunan dari sisi-Mu serta kasihanilah diriku, sesungguhnya Engkau Maha pengampun lagi Maha penyayang.



24 May 2021

"PESANAN BUAT DIRI."




Janganlah bebankan dirimu dengan kerisauan tentang dunia kerana urusan dunia milik Allah.


Janganlah bebankan dirimu dengan kerisauan tentang rezeki kerana rezeki datang dari Allah.


Janganlah bebankan dirimu dengan kerisauan tentang masa depan kerana masa depan di Tangan Allah.


Apa yang engkau perlu risau hanyalah satu perkara sahaja, iaitu bagaimana engkau membuat Allah redha kerana sekiranya engkau membuat Allah redha, Dia akan redha padamu.


Apabila Dia redha padamu, Dia akan melindungimu dan mencukupkan keperluanmu.


(Imam Ibn Qayyim).



Dengar Lagu | Opick - Dealova


 Mula minat lagu ni masa Once yang nyanyi. Lama kemudian baru tahu yang penulis lagu ini adalah Opick. Lagilah saya jatuh cinta. Bila dia nyanyikan semula, saya teruja.


Jom dengar lagu ni. 




Merangkaklah Kau Cari Aku Di Padang Mahsyar!

 


Entah kenapa, sebelum ini saya banyak kali mendengar orang mencabar,


"Kau merangkaklah cari aku di Padang Mahsyar nanti.."


Pernah dengar tak cabaran sebegini? Teman.. Daripada kita cabar orang,


"Merangkak kau di Padang Masyar nanti cari aku",


Baik kita muhasabah malam ini,


"Selamat ke aku kat Padang Masyar nanti? Adakah aku akan merangkak cari sesiapa nanti?"


Huhu.


Kawan saya pernah cerita pada saya,


"Aku selalu doa supaya takda sesiapa cari aku kat Padang Masyar. Penat sangat nak menunggu. Tak terbayang dek akal. Apatah lagi aku pulak yang merangkak untuk cari orang kat Padang Masyar. Lagi terseksa.


Padang Masyar ni luasnya bukan macam padang bola sepak. Bayangkan, daripada kaum Nabi Adam sehinggalah orang terakhir sebelum kiamat terkumpulnya manusia.


Teramat besar dan luas hingga tak terbayang dek akal. Bazar Ramadhan pun aku dah sesak nafas, apatah lagi padang Masyar.. peh.."


Saya bila dengar kata kawan saya ini, terus terkedu seribu bahasa. Hingga saya terfikir,


"Selamatkah aku di sana nanti?"


Muhasabah untuk kita semua hari ini.





23 May 2021

"AKAN ADA WAJAH WAJAH BARU."



●  Akan Ada Wajah Wajah Baru Yang Akan Masuk Masjid Yang Kalian Mungkin Tidak Kenal Wajah Wajah Itu Sebelumnya.


●  Jangan Tatap Dan Tuding Mereka Dengan Kemunafikan Melainkan Senyumlah Pada Mereka.


●  Barangkali Itu Adalah Hulu TAUBAT Mereka Dan HILIR Maksiat Mereka.


●  Allah Ta’ala berfirman :


هُوَ أَعْلَمُ بِكُمْ إِذْ أَنْشَأَكُمْ مِنَ الْأَرْضِ وَإِذْ أَنْتُمْ أَجِنَّةٌ فِي بُطُونِ أُمَّهَاتِكُمْ فَلَا تُزَكُّوا أَنْفُسَكُمْ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنِ اتَّقَى


●  “Dan Dia lebih mengetahui (tentang keadaan) mu ketika Dia menjadikan kamu dari tanah. Dan ketika kamu masih janin dalam perut ibumu. Maka janganlah kamu mengatakan dirimu suci. Dialah yang paling mengetahui tentang orang yang bertakwa.

(QS. An Najm : 32).


●  Dari Abu Hurairah, ia berkata : “Salah seorang dari kalian dapat melihat kotoran kecil di mata saudaranya tetapi dia lupa akan kayu besar yang ada di matanya.” 

(HR Bukhari dalam Adabul Mufrod No. 592, shahih secara mauquf).


●  Hati-hati pula dengan sifat ujub, yaitu takjub pada diri sendiri. 


●  Dalam hadits yang ma’ruf disebutkan :


ثَلَاثٌ مُهْلِكَاتٌ : شُحٌّ مُطَاعٌ وَهَوًى مُتَّبَعٌ وَإِعْجَابُ الْمَرْءِ بِنَفْسِهِ


●  “Tiga hal yang membawa pada jurang kebinasaan : 

1. Tamak lagi kikir, 

2. Mengikuti hawa nafsu (yang selalu mengajak pada kejelekan), dan 

3. Ujub (takjub pada diri sendiri).” 


(HR. Abdur Rozaq 11: 304. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini hasan. Lihat Shahihul Jaami’ 3039).



Doaku Hari Ini | 23 Mei 2021

 


بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

ٍ

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Selawat dan Salam ke atas Junjungan besar Nabi Muhammad  S.A.W. keluarga dan para sahabatnya.  


Ya Allah sesungguhnya Engkalulah Tuhan Maha Pemaaf,  Engkau mencintai kemaafan,  maafkanlah kami.


Ya Allah,  Ya Rabbul berilah kami sihat sejahtera,  jauhkan kami daripada malapetaka,  bencana dan penyakit. 


Ya Allah  jauhkan kami daripada seksa kubur,  seksa neraka,  fitnah hidup dan mati. 


Ya Allah pilihlah kami dapat menyebut kalimah Lailahailallah diakhir hayat kami dan mendapat husnul khatimah. 


Ya Allah jadikanlah lubang - lubang kubur kami adalah daripada taman - taman syurgaMu.


Ya Allah sucikanlah diri kami  dari segala nista dan perbuatan keji. Berilah kami kesabaran atas apa yang telah Engkau tetapkan. 


Ya Allah anugerahkan kepada kami ketakwaan dan persahabatan dengan orang-orang yang baik dengan pertolongan-Mu.


Ya Allah, kami bersyukur atas segala nikmat, rahmat dan kurniaanmu. Jadikanlah setiap langkah kami sentiasa dalam kebaikan. Jadikanlah hidup kami hari ini penuh dengan keberkatan. Lindungilah kami hambaMu dengan kasih sayangMu.


Ya allah jadikanlah kami hari ini penuh bersemangat, dipermudahkan rezeki, tubuh badan yang sihat, mendapat ilmu yang bermanfaat, keimanan yang teguh dan terlepas dari segala kesulitan.


Ya Allah jadikanlah kami orang yang tidak pernah lupa untuk bersyukur kepada Mu atas semua nikmat dan anugerahMu.


ِYa Allah kami berlindung padaMu Ya Allah dari kekejaman manusia yang kejam, dari perdaya manusia yang dengki dan dari kezaliman manusia yang zalim.


Ya Allah bimbinglah kami untuk mensyukuri segala nikmat-Mu yang memungkinkan kami mencapai redhaMu.


Ya Allah bantulah kami untuk metaati-Mu dan melazimkan ibadah pada-Mu, memastikan ganjaran-Mu dengan kurnia pertolongan-Mu.


Ya Allah kasihanilah kami, palingkanlah kami dari melakukan maksiat pada-Mu,  tuntunlah kepada kami apa yang bermanfaat bagi kami.


Ya Allah dengan kitab-Mu, legakan dada kami, dengan bacaannya, ringankan beban kami.


Ya Allah kurniakan pada kami keselamatan agama dan diri kami.


Ya Allah dekatkan kami dengan semua orang yang menjadi kerinduan kami.


Ya Allah sempurnakanlah kebaikan-Mu pada kami, pada seluruh sisa umur kami, seperti Engkau telah berbuat baik pada umur kami dimasa yang telah lalu.


Wahai Tuhan yang Maha Pemberi keampunan dan penerima Taubat dan yang Maha Penyayang.  


Ya Allah.. terimalah taubat kami dan sayangilah kami..


Ya Allah selamatkan lah diri kami, keluarga kami, saudara2 kami, rumah tangga kami, kampung kami, dan negara kami, dari sebarang ancaman luar dan dalam. Engkaulah Ya Allah tempat sebaik2 perlindungan.

            

رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.


آمِيْنُ... آمِيْنُ... آمِيْنُ... يَا رَبِّ الْعَالَمِين 



10 sifat yang sepatutnya ada pada seorang Muslim yang benar-benar Islam akhlaknya.

 

10 sifat yang sepatutnya ada pada seorang Muslim yang benar-benar Islam akhlaknya.


1. Bersifat warak daripada perkara haram dan syubhah. 


Seorang Muslim mestilah sentiasa menjauhkan diri daripada perkara-perkara haram dan berjaga-jaga dengan perkara syubhah.


2. Menundukkan pandangan


Tundukkan pandangan kerana pandangan itu boleh menimbulkan syahwat dan mendorong kepada maksiat.


3. Memelihara lidah


Seorang Muslim sepatutnya memelihara lidah daripada berkata-kata kotor dan tidak berfaedah supaya kata-kata itu tidak membawa kepada perkara haram dan dosa.


4. Malu


Seorang yang Islam akhlaknya sepatutnya malu untuk mengelakkan kita terjerumus dalam hal-hal berkaitan orang lain. Namun, janganlah malu untuk menegakkan kebenaran.


5. Lemah-lembut dan sabar


Sifat inilah yang sepatutnya lebih menonjol dalam akhlak seorang Muslim kerana perjalanan menegakkan kebenaran penuh dengan kesukaran dan halangan, maka perlu sekali untuk para muslim yang membuat kerja dakwah untuk berlemah lembut dan bersabar.


6. Bersifat benar dan jujur.


Sifat dusta akan meruntuhkan jiwa dan membawa kehinaan kepada peribadi manusia.


7. Tawadduk


Seorang muslim hendaklah bersifat rendah diri dan sentiasa berjaga-jaga agar tidak berbangga diri.


8. Menjauhi perbuatan sangka buruk, mengumpat, menjejak keburukan orang lain. 


Seorang yang Islam akhlaknya tidak sepatutnya dengan rela memakan daging saudaranya sendiri dan tidak akan mencari-cari kesalahan dan keburukan saudaranya.


9. Pemurah


Seorang yang Islam akhlaknya mestilah menjadi seorang pemurah. Perjalanan menegakkan kebenaran Islam amat menuntut Muslim untuk mengorbankan harta dan wang ringgit.


10. Qudwah hasanah


Seorang Muslim hendaklah menampakkan dirinya dari setiap segi, sama ada percakapan, pergaulan, cara makan dan minum, semuanya perlu menunjukkan sifat seorang Muslim yang benar.



22 May 2021

POTD | 22 Mei 2021

 




Gambar ini diambil pada 9 Disember 2018, ketika Training ESQ For Teens di PPAS, Shah Alam. 


Caption : Ha? Ada jodoh?