05 May 2021

Dihina Kerana Masa Silam?


 Jangan pernah menilai seseorang dari kisah silamnya.. siapa tahu bahawa masa depannya lebih baik daripada kisah silamnya dan lebih baik daripada orang lain.. 


Allah jadikan manusia semua sama je.. cuma amalan yang membezakan mereka.. tidak perlu untuk menjadi yang terbaik.. cukup sekadar menjadi baik.. semua manusia tidak sempurna.. 


Jangan sedih apabila kita berada dibawah kerana masih ada orang lain di bawah kita.. jangan bangga jika kita berada di atas kerana masih ada orang lain yang lebih atas daripada kita..


jangan sombong,

jangan angkuh,

jangan ujub,


kerana kita semua adalah pendosa.

kerana kita juga adalah manusia yang sering lalai dan terleka dengan dunia serta seisinya,


Sesungguhnya kita bukan siapa2.


Keluar dari tempat yang dianggap hina,

Dicipta dari air yang dianggap jijik dan kotor,

Kita semua sama disisiNya,

Kecuali taqwa yang membezakan kita.


Taubatlah dari dosa2 yang lalu...

Allah sentiasa menerima taubat hambaNya yang bersungguh ingin kembali kepadaNya.....


Allah tidak pandang banyaknya dosa2 yang kita bawa kepadaNya,tetapi Allah hairan kenapa kita tak mahu kembali bertaubat padaNya, sedangkan Allah itu sentiasa ada untuk kita, ada untuk menerima kita yang serba jahil dan hina ini.


Janganlah kita menilai orang berdasarkan kisah silamnya,

kerana orang yang jahil diwaktu silamnya tidak mustahil boleh menjadi hamba yang taat pada akhirnya.


Jadikan hari ini lebih baik daripada semalam,

sentiasa ada waktu untuk kita menjadi lebih baik,

belum terlambat untuk kita berubah jadi hamba yang terbaik,


Jangan memuggu maut menjemput kita,

kerana dunia ini sifatnya sementara,akhiratlah kekal selamanya.


Bersederhanalah dengan dunia,

Buat yang terbaik untuk yang jauh disana,

Berubah jadi hambaNya yang sebenarnya,

agar Allah memandang kita dengan rahmat kasih sayangNya.


Terima kasih ya Allah....


๐Ÿ’š Ingat jangan melihat seseorang dari Masa Lalunya. Berilah kesempatan seseorang untuk berubah. Kerana seseorang yang hampir membunuh Rasulullah S.A.W pun kini terbaring disebelah Makam Beliau iaitu Saidina Umar Al Khattab...


๐Ÿ’œ Jangan menilai seseorang dari Kisah Silamnya. Kerana seseorang yang pernah berperang melawan Agama ALLAH pun akhirnya menjadi Pedang ALLAH (Saifullah) iaitu Saidina Khalid Ibnu Walid.


๐Ÿ’š Jangan menilai orang dari Rupanya. Kerana Rasulullah S.A.W melihat Si Pendek tak menawan iaitu Sahabat beliau Saidina Julaybib R.A dikejar-kejar oleh Para Bidadari Syurga.


๐Ÿ’œ Jangan memandang orang dari Status dan Hartanya. Kerana Sepatu emas fir'aun pun berada di Neraka, sedangkan Sandal Lusuh Saidina Bilal bin Rabah kedengaran langkahnya di Syurga

     

Subhanallah....


Semoga ALLAH S.W.T memberikan kita Petunjuk dan Hidayah-NYA agar disetiap Ilmu yang kita miliki dapat menggerakkan kita untuk lebih dekat lagi dengan Rahmat ALLAH S.W.T... 



2 comments:

  1. masa silam org tu, dia punya pengalaman kan ...

    ReplyDelete
  2. semoga diampunkan dosa-dosa yang lalu dan semoga Allah menerima taubat kita.. jika tidak, nescaya kita tergolong dalam kalangan orang yang rugi :(

    ReplyDelete

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Saya sangat menghargai komen yang diberikan, jika komen itu tidak melanggar apa jua sensitiviti. Kalau ada pelanggaran, saya tidak akan teragak-agak untuk memadamnya tanpa menyiarkannya. Terima kasih!