● Ikhlas merupakan pembuka pahala, amalan penolak bala'. Firman Allah SWT dalam Al-Qur'an dalam *(Surah Al-Bayyinah : Ayat : 5).*
وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ حُنَفَاءَ وَيُقِيمُوا الصَّلَاةَ وَيُؤْتُوا الزَّكَاةَ وَذَٰلِكَ دِينُ الْقَيِّمَةِ
● Pada hal mereka tidak diperintah melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadah kepadanya, lagi tetap teguh di atas tauhid; dan supaya mereka mendirikan Sembahayang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah Agama yang benar.
● Oleh kerana itu, tazkirah hari ini, ingin berkongsi sedikit tips bagaimana mencapai keikhlasan dalam melakukan amalan, di antaranya : Hadirkan niat kerana Allah SWT dalam setiap amalan yang dilakukan meskipun kecil.
● Tanamkan perasaan benci dalam hati untuk mengharapkan pujian manusia.
● Perbanyakkan muhasabah diri.
● Biasakan diri melakukan ibadah (yang sunnah sunnah) secara bersendirian.
● Lazimkan mengucapkan alhamdulillah serta beristighfar.
● Tanamkan sifat sabar dalam diri.
● Menjauhkan diri dari sifat berbangga dengan diri.
● Perbanyakkan doa kepada Allah SWT agar dijauhkan diri kita dari pada sifat riak dan takabbur.
.
اللَّهُمَّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي ظُلْمًا كَثِيرًا وَلَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ فَاغْفِرْ لِي مَغْفِرَةً مِنْ عِنْدِكَ وَارْحَمْنِي إِنَّكَ أَنْتَ الْغَفُورُ الرَّحِيم
● Ya Allah... Sesungguhnya aku telah menganiaya diriku dengan kezaliman, dan tiada yang mengampuni dosa selain Engkau, maka ampunilah daku dengan pengampunan dari sisi-Mu serta kasihanilah diriku, sesungguhnya Engkau Maha pengampun lagi Maha penyayang.
ucaplah Alhamdulillah :)
ReplyDeleteSemoga semua amalan kita diterima. Thanks for sharing
ReplyDelete