Daripada Shuhaib RA ia berkata, Rasulullah SAW bersabda :
“Amat menakjubkan urusan seorang Mukmin kerana setiap urusannya adalah baik dan itu tidak akan berlaku kepada seorang pun kecuali kepada seorang Mukmin (yang sempurna keimanannya). Jika dia mendapat sesuatu yang mengembirakan dia bersyukur, maka itu adalah kebaikan baginya. Jika dia ditimpa kesusahan dia bersabar, maka itu adalah kebaikan baginya.”
(HR Muslim No: 5318)
Status: Hadis Sahih
PENGAJARAN:
1. Mukmin yang dikagumi ialah yang sentiasa bersyukur dengan nikmat dan bersabar dengan setiap musibah yang berlaku keatas dirinya.
2. Mukmin yang sempurna sentiasa bersyukur diatas setiap kebaikan atau nikmat yang diperolehi. Syukur itu diperlihatkan pada lima perkara:
a. Tunduk dan merendah kepada Allah, zat yang disyukuri
b. Cinta kepada Allah
c. Mengakui bahawa nikmat itu adalah pemberian Allah
d. Memuji Allah dengan lisan dan perbuatan atas limpahan nikmat tersebut
e. Tidak memanfaatkannya dalam perkara yang dibenci Allah.
3. Mukmin yang dikagumi itu ialah apabila mendapat keburukan atau musibah, dia bersabar dan redha. Contoh musibah wabah Covid 19 yang membuatkan setiap kita terpaksa kuarantin di dalam rumah dalam tempoh yang agak lama. Dengan kesabaran ini semoga kita dapat meningkatkan kedudukannya serta dianugerahkan pahala tanpa batasan daripada Allah SWT.
4. Ibnu Qayyim menyatakan, sabar merupakan setengah dari keimanan dan setengahnya lagi adalah syukur.
5. Seorang yang tidak beriman, hatinya sentiasa keluh kesah, jiwanya selalu meronta dan terseksa apabila ditimpa musibah seperti wabak Covid 19 ini. Hati dipenuhi perasaan dukacita dan kemarahan. Tidak redha malah cuba menyalahkan orang lain sebagai penyebab virus ini berkembang. Kita lupa bahawa sebelum ini telah banyak nikmat yang dianugerahkan kepada kita yang tidak disyukuri.
6. Pentingnya sifat syukur apabila seseorang mendapat kebaikan dan bersabar apabila ditimpa musibah kerana ianya menjadikan seseorang itu sebenar-benar Mukmin. Namun amatlah sedikit dalam kalangan hamba yang diberikan dua sifat ini. Justeru, taufik dan hidayah Allah SWT amat diperlukan untuk meraih anugerah ini kerana sifat syukur dan sabar itu adalah sebaik-baik nikmat.
SEMOGA BERMANFAAT π₯°
ya allah. kadang saat senang pun alpa untuk merasa bersyukur.. apatah lagi sifat sabar.. sabar mengharungi jammed >_<
ReplyDeleteWkmsalam
ReplyDeleteAda manfaatnya
Waalaikumussalam
ReplyDelete