13 June 2021

Adab dan Sunnah | 13 Jun 2021

 


Jabir رضي الله عنه berkata bahawa Rasulullah ‎ﷺ bersabda,


"Apabila menjelang malam ketika terbenamnya matahari, maka jagalah bayi-bayi kamu kerana pada ketika itu syaitan sedang berkeliaran. Jika telah berlalu beberapa ketika daripada waktu Isyak, bolehlah kamu biarkan mereka dan tutuplah pintu rumah kalian dan sebutlah nama Allah dan padamkanlah lampu-lampu rumah kamu dan sebutlah nama Allah dan tutup tempat minum serta tutup pula bekas (tempat makanan) kamu dan sebutlah nama Allah padanya, walaupun kamu hanya sekedar melintangkan sesuatu di atasnya."


Hadis Riwayat Bukhari


Pengajaran:


1. Waktu senja merupakan waktu permulaan bagi malam. Pada waktu ini, syaitan akan keluar berkeliaran. Mereka akan memasuki segenap ruang termasuk kediaman manusia sama ada untuk menggangu khususnya bayi, menggoda atau menumpang makan


2. Laranglah kanak-kanak keluar berkeliaran atau bermain di luar rumah apabila menjelang waktu senja kerana syaitan dan jin berkeliaran pada waktu tersebut


3. Perintah menutup dan mengunci pintu rumah di waktu malam agar rumah tidak dimasuki sebarang binatang buas dan berbisa juga penceroboh berupa pencuri, penjenayah dan sebagainya


4. Rasulullah memerintah agar menutup bekas minuman dan makanan bertujuan agar makanan yang berbaki dapat dijauhi daripada virus, bakteria, debu, kotoran atau dimasuki sesuatu yang boleh mencemarkan minuman dan makanan tersebut seperti cicak, lipas dan sebagainya


5. Sunnah untuk kita menutup bekas-bekas makanan dan minuman agar tidak dihinggapi kuman dan bakteria. Ia sebagai salah satu usaha untuk menjaga kesihatan daripada pelbagai penyakit


6. Perintah menutup pintu, tempat minuman dan makanan dengan menyebut nama Allah tidak lain dari memohon perlindungan kepada Allah yang menjaga dan memelihara makhluk


7. Pastikan anak-anak kita telah pulang kerumah sebelum masuknya waktu maghrib atau bagi anak lelaki, dapat bersama ke masjid





3 comments:

  1. ye betul.. kite sampai dah besar pun balik sebelum maghrib heee

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..
    Terima kasih untuk perkongsian ini..

    ReplyDelete
  3. Kecik-kecik dulu kalau balik lambat sikit sebab main kat luar, habislah kena rotan. Ada sebab kan mak ayah buat gitu

    ReplyDelete

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Saya sangat menghargai komen yang diberikan, jika komen itu tidak melanggar apa jua sensitiviti. Kalau ada pelanggaran, saya tidak akan teragak-agak untuk memadamnya tanpa menyiarkannya. Terima kasih!