Abu Hurairah رضي الله عنه berkata bahawa seorang lelaki datang kepada Nabi ﷺ dan bertanya, "Wahai Rasulullah, sedekah apakah yang paling besar pahalanya?"
Baginda Nabi ﷺ menjawab, "Kamu bersedekah ketika kamu dalam keadaan sihat dan ketika itu kamu berasa kedekut (kikir) dan takut menjadi miskin dan berangan-angan untuk menjadi orang kaya. Oleh itu, janganlah kamu menunda-nunda untuk bersedekah sehingga ruh sampai di kerongkongmu, maka kamu baru berkata, 'Ini untuk si fulan dan itu untuk si fulan, padahal harta itu sudah menjadi milik si fulan'."
Hadis Riwayat Bukhari
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Saya sangat menghargai komen yang diberikan, jika komen itu tidak melanggar apa jua sensitiviti. Kalau ada pelanggaran, saya tidak akan teragak-agak untuk memadamnya tanpa menyiarkannya. Terima kasih!