26 June 2021

Adab dan Sunnah | 26 Jun 2021


 Abu Hurairah رضي الله عنه berkata bahawa Rasulullah ‎ﷺ bersabda,


"Akan keluar pada akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka berpakaian di hadapan orang lain dengan pakaian yang dibuat daripada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan perkataan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala.


Allah berfirman kepada mereka, 'Apakah kamu tertipu dengan kelembutanKu? Ataukah kamu terlalu berani berbohong kepadaKu? Demi kebesaranKu, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi dalam kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim (cendekiawan) pun akan menjadi bingung'."


Hadis Riwayat Tirmizi



3 comments:

  1. singgah baca,

    jom tukar link bloglist..
    kembaraminda7.com
    tq

    ReplyDelete
  2. ok saya dah add link blog ini ke dlm blog saya.

    ReplyDelete
  3. Takutnya dengan manusia berhati serigala. Moga dijauhkan Allah.

    ReplyDelete

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Saya sangat menghargai komen yang diberikan, jika komen itu tidak melanggar apa jua sensitiviti. Kalau ada pelanggaran, saya tidak akan teragak-agak untuk memadamnya tanpa menyiarkannya. Terima kasih!