06 June 2021

Adab dan Sunnah | 6 Jun 2021

 


Ibnu Umar رضي الله عنه berkata bahawa Rasulullah ‎ﷺ bersabda,


"Tidak diterima solat tanpa bersuci, dan tidak diterima sedekah dari pengkhianatan (harta yang haram)."


Hadis Riwayat Muslim


Nota: 


Orang yang bersedekah dari harta yang Ghulul (harta haram) tidak diterima oleh Allah. Ghulul yang dimaksud di sini adalah harta yang berkaitan dengan hak orang lain atau dengan cara menzalimi orang lain seperti mencuri, harta rompakan, rasuah, menipu atau sebarang sumber yang haram


Orang yang mendapatkan harta dengan cara yang zalim atau tidak benar, hakikatnya dia telah melakukan dua kejahatan. Pertama, mencari harta dengan cara haram dan kedua, menzalimi orang lain



1 comment:

  1. Ramai orang ingat kalau ambil harta orang lain boleh disucikan dengan menderma. Hakikatnya menzalimi orang lain ni dosa sesama manusia, so tak semudah itu.

    ReplyDelete

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Saya sangat menghargai komen yang diberikan, jika komen itu tidak melanggar apa jua sensitiviti. Kalau ada pelanggaran, saya tidak akan teragak-agak untuk memadamnya tanpa menyiarkannya. Terima kasih!