08 June 2021

Bersifat Lemah Lembut dan Penyayang

 




عَنْ جَرِيرٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ يُحْرَمْ الرِّفْقَ يُحْرَمْ الْخَيْرَ


Daripada Jarir RA dari Nabi SAW bersabda: Barang siapa dijauhkan dari sifat lemah lembut (kasih sayang), berarti ia dijauhkan dari kebaikan. (HR Muslim  No: 4694) Status: Hadis Sahih


Pengajaran:


1.  Sifat penyayang dan lemah lembut dituntut ke atas setiap Muslim


2.  Orang yang tidak mempunyai sifat penyayang atau lemah lembut terhadap orang lain akan dijauhkan dari rahmat Allah.


3.  Saling menyayangi dan mengasihi adalah tanda kesempurnaan iman. Rasul SAW. bersabda:


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لاَ تَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ حَتَّى تُؤْمِنُوا وَلاَ تُؤْمِنُوا حَتَّى تَحَابُّوا 


Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda: Kalian tidak masuk syurga hingga kalian beriman dan belum sempurna keimanan kalian hingga kalian saling mencintai  (HR Muslim No: 81).


Sempena kita masih berada dibulan Syawal ini, walaupun tidak dapat saling ziarah menziarahi namun marilah kita suburkan sifat rahmah dengan berlemah lembut dan penyayang terhadap orang lain.


Boleh sahaja bertanya khabar menerusi media elektronik serta ziarah maya menggunakan pelbagai aplikasi yang ada.


Moga kita menjadi warganegara yang saling menyayangi.



1 comment:

  1. Betul... Kita ni cenderung suka org yg lemah lembut apatah lagi dlm pertuturan kan..

    ReplyDelete

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Saya sangat menghargai komen yang diberikan, jika komen itu tidak melanggar apa jua sensitiviti. Kalau ada pelanggaran, saya tidak akan teragak-agak untuk memadamnya tanpa menyiarkannya. Terima kasih!