23 June 2021

FAHAM dan HORMAT.

 

FAHAM dan HORMAT.


Kita nak orang faham perasaan kita, tapi yang kita dapat hanyalah sakit hati, mereka katakan sesuatu yang betul-betul buat kita hampir hilang sabar. Kita cuba kawal emosi, agar tidak mengeruhkan lagi keadaan. Kita membalas dengan kata-kata yang baik meskipun hati kita dah mula terasa ‘panas’.


Bila kita mula bersuara, dianggap kita ini seorang manusia yang ego, walhal apa yang kita cuba jelaskan hanyalah satu, untuk mereka faham hati kita bukan boleh dipaksa-paksa. Kita juga nak mereka tahu, jangan terburu-buru berfikir bukan-bukan pasal kita jika mereka sendiri tidak nampak apa yang berlaku di depan mata mereka.


Kita nak orang hormat keputusan kita, bukan perkataan yang menyejukkan hati yang kita terima. Bahkan sepertinya kita dipersalahkan kerana buat sesuatu tindakan yang mereka sendiri tak tahu apa puncanya tapi mereka bersangka kurang enak pula terhadap kita.


Duhai kita yang terguris dan tersinggung kerana percakapan manusia,


Biarkan mereka mahu bercakap apa saja. Itu mungkin cara pemikiran mereka dan ya, begitu mudahnya mereka berkata “Lupakan” dan “Bina semula” sesuatu hubungan antara kita dan seseorang itu yang telah retak lamanya. Mereka tidak ada di tempat kita, tidak tahu bagaimana pahitnya kita rasa.


Hanya yang paling faham dan tahu perasaan ‘sakit teramat sakit’ bila dia pernah lalui ujian itu sebagaimana kita lalui. Dia tidak akan menyentuh suatu perkara yang ternyata begitu sensitif bagi kita untuk mendengar dan menerima.


Hanya Tuhan yang tahu apa ada dalam hati kita. Tuhan mengerti setiap satu maksud keputusan kita. 


Menjauhkan diri dari seseorang bukan bererti kita putuskan silaturahim. Tapi kita sudah penat menanggung rasa kecewa bila manusia yang kita pernah rapat dan percaya dulu-dulu, dia terus memaki dan membenci kita asbab dari sekecil ujian yang tidak sepatutnya diperbesar-besarkan.


Cuma manusia lain yang tidak tahu apa-apa, yang belum lagi mendengar penjelasan cerita yang terjadi dari mulut kita sendiri, semudahnya menunding jari kitalah yang bersalah. 


Tak mengapa, Tuhan ada dan nampak semuanya. Manusia menyalahkan kita tapi Tuhan tetap membela kita. Jangan gementar jika kita berada di pihak yang benar. Orang yang tenang dan sabar, dialah sentiasa menang di mata Tuhan. 



No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Saya sangat menghargai komen yang diberikan, jika komen itu tidak melanggar apa jua sensitiviti. Kalau ada pelanggaran, saya tidak akan teragak-agak untuk memadamnya tanpa menyiarkannya. Terima kasih!