Husnuzon bermaksud bersangka baik kepada orang lain.
Menganggap baik sesuatu perkara itu sangat dituntut dalam Islam kerana bersangka baik itu lebih baik,
mulia dan dapat mengelakkan dari menuduh orang lain berbuat jahat atau melakukan keburukan.
Saidina Umar bin Al-Khattab r.a.telah berkata :
“Jangan kamu membuat sangkaan terhadap satu kalimah yang keluar daripada seorang saudara mukminmu
kecuali kebaikan selagi kamu masih ada cara untuk meletakkannya di tempat yang baik.”
Orang yang bersangka buruk seolah memfitnah orang,
kerana sangkaan buruknya itu tidak mempunyai bukti yang nyata dan kukuh.
Ini dibimbangi terjadinya fitnah yang membawa kepada dosa besar,
kerana Islam sangat melarang umatnya memfitnah orang lain.
Firman Allah سبحانه وتعالى :
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱجْتَنِبُوا۟ كَثِيرًۭا مِّنَ ٱلظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ ٱلظَّنِّ إِثْمٌۭ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا۟ وَلَا يَغْتَب بَّعْضُكُم بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَن يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًۭا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ تَوَّابٌۭ رَّحِيمٌۭ
“Wahai orang-orang yang beriman,
jauhilah dari banyak berprasangka;
Sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa,
dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan dan keaiban orang,
dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain,
dan janganlah ada di antara kamu yang mengunjing sebahagian yang lain.
Adakah di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati?
Tentu kamu merasa jijik.
(Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah;
Sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.”
(Surah Al-Hujurat, 49; Ayat 12)
sentiasa bersangka baik...hidup akan rasa lebih bahagia ...
ReplyDeletegood sharing
ReplyDelete