15 June 2021

Jom Bayar Zakat!


 Pagi-pagi lagi dah terdetik untuk semak slip gaji, sebab bulan ni gaji untuk kakitangan kerajaan masuk awal. Pertama kali dalam sejarah sepanjang saya bekerja, gaji bulan Jun masuk sebelum hari jadi saya. Selalunya, menjelang hari jadi saya, dah pokai. Hahahaha. 


Baik, berbalik kepada cerita slip gaji. 


Semak punya semak slip gaji. Saya terkejut. Potongan gaji untuk zakat tidak dinyatakan dala slip gaji terkini. Saya dah cuak. Cepat-cepat saya semak slip gaji bulan-bulan lepas. Rupanya... 


Potongan gaji saya untuk pembayaran zakat telah berakhir masa puasa haritu. Cuma saya baru perasan hari ini. Allahu... 


Cepat-cepat saya mohon baru. Sehingga tahun depan. 


Saya kemudian berkongsi peristiwa ini dengan kawan-kawan saya menerusi Group Whatsapp. Dan pagi-pagi juga kami berkongsi ilmu tentang pembayaran zakat. 


Sempat juga saya buat kira-kira menerusi kalkulator zakat di SINI



Haa, jangan tak tahu. Wang simpanan juga perlu dizakatkan sekiranya cukup syaratnya. 


Saya sarankan bagi kakitangan kerajaan dan mereka yang tidak terjejas pendaatannya di saat pandemik ini, untuk menjalankan kewajipan membayar zakat. Ingat, zakat lebih dari sekadar zakat fitrah di bulan Ramadan. 


Jom bayar zakat! 




2 comments:

  1. Alhamdulillah, gaji kita pun dah masuk. Btw, happy belated birthday yer

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas peringatan ya Adinda.... semoga dimurahkan rezeki :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Saya sangat menghargai komen yang diberikan, jika komen itu tidak melanggar apa jua sensitiviti. Kalau ada pelanggaran, saya tidak akan teragak-agak untuk memadamnya tanpa menyiarkannya. Terima kasih!