KEMATIAN bukan untuk ditakuti tapi untuk dihadapi dan diinsafi.
Setiap jiwa yang bernyawa pasti akan merasainya. Masanya akan tiba jua. Ia datang tanpa undangan.
Bila tiba waktunya, ia pasti datang menjemput kita untuk dibawa bertemu TUHAN yang Maha Pencipta...
MATI adalah satu permulaan kehidupan. Mati untuk hidup yang tidak mati-mati lagi. Darinya ada peringatan agar kita mempersiapkan diri dan bersedia menghadapinya.
Muhasabah amalan kita, apa yang akan kita bawa untuk menghadap-Nya. Semalam telah berlalu, esok belum tentu milik kita, hargailah saat ini kerana ia untuk kita.
Justeru, jadilah seorang Hamba yang taat kepada Tuhannya..
Sudahkah kita bersedia untuk ke sana....
Semoga kita akan mendapat khusnul khotimah dan bahagia dunia akhirat. Aminn
ReplyDeletejom kita muhasabah diri :)
ReplyDelete