SOAL JAWAB AGAMA
SOALAN: Selepas seseorang selesai mandi hadas baru tersedar ada sedikit dibahagian tepi kepalanya tidak terkena air mandian.
1) Soalannya adakah kena ulang semula mandi kerana sedikit sangat yang tidak kena air itu?
2) Jika sedar selepas solat pula macamana nak buat?
JAWAPAN: Antara syarat sah mandi hadas ialah rata sekelian badan yang zahir dengan air. Oleh itu, jika ada bahagian badan sama ada kulit atau rambut atau bulu-bulu badan yang tidak kena air maka mandi tersebut adalah tidak sah.
Diriwayatkan dari Aisyah r.a. menceritakan sifat mandi Rasulullah SAW dengan katanya:
ثمَّ غسَل سائِرَ جَسَدِه
Maksudnya: “Kemudian Nabi saw membasuh sekelian bahagian tubuhnya.” [Hadis Riwayat Bukhari]
Berkata Imam Shon’ani:
والحديثُ دليلٌ على أنَّه يجِبُ غَسلُ جميعِ البَدَن في الجنابة، ولا يُعفَى عن شيءٍ منه
Maksudnya: “Dan hadis ini menjadi dalil atas wajibnya membasuh sekelian badan pada mandi janabah dan tiada dimaafkan meninggalkan sedikit pun darinya.” [Kitab Subulussalam]
Berkata Dr Wahbah Zuhaili:
وقد أوجب العلماء في الغسل ما يأتي
تعميم الجسد شعره وبشره بالماء الطهور: هذا متفق عليه بين الفقهاء، فيجب تعميم (أو إعمام وهو الأصح) الشعر والبشرة بالماء مرة واحدة، حتى لو بقيت بقعة يسيرة لم يصبها الماء، يجب غسلها
Maksudnya: “Sungguhnya telah mewajibkan oleh para ulamak pada mandi hadas itu meratakan air yang suci pada badan yaitu pada bulu dan kulit.
Ini telah sepakat atasnya antara segala ulamak fiqah. Maka wajib meratakan mengikut pendapat yang paling sahih segala bulu badan dan badan dengan air sekurangnya sekali sehingga jika ada tinggal kawasan yang sedikit sekalipun tidak sampai padanya air maka wajiblah membasuhnya.” [Al-Fiqh Al-Islami]
Jika selepas solat baru sedar ada bahagian badan yang tidak kena air maka wajib ulangi mandi kemudian mengulangi solat tersebut kerana solat yang pertama tadi adalah tidak sah kerana tidak sempurna satu syarat sah solat yaitu suci badan dari hadas. Mandi yang tidak rata air tidak dikira sebagai mandi yang sah.
Wallahua’lam
Kredit: @wnmuhdfirdaus
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Saya sangat menghargai komen yang diberikan, jika komen itu tidak melanggar apa jua sensitiviti. Kalau ada pelanggaran, saya tidak akan teragak-agak untuk memadamnya tanpa menyiarkannya. Terima kasih!