TERGIGIT LIDAH...
Seorang suami bertengkar dengan isterinya lalu meninggalkan rumah.
Saat berjalan tanpa tujuan baru dia sedar yg dia tidak membawa duit dan merasa tersangat lapar.
Pemilik Restoran melihat seorang lelaki separuh baya itu berdiri cukup lama di depan restorannya, lalu bertanya.
"Encik, nak memesan makanan?"
“Ya, tapi aku tak ada duit"
"Tak mengapa, saya beri percuma".
Sampai sahaja makanan terus dia segera makan. Kemudian air matanya berlinang.
“Kenapa encik ?"
“Aku cuma terharu kerana seorang yang baru aku kenal memberi aku makan sedangkan isteri aku telah menghalau aku dari rumah.
Awak seorang yang baru aku kenal pun peduli tentang aku.
Pemilik warung itu berkata,
"Encik,
Kenapa encik fikir macamtu? Saya hanya memberi encik semangkuk mee dan encik begitu terharu,
... Sedangkan ...
Isteri encik telah memasak nasi lauk, dll mengurus encik dan anak2 setiap hari sampai sekarang ini
Sepatutnya encik berterima kasih kepadanya ..."
Lelaki itu terkejut mendengarnya dan malu.
Kenapa untuk semangkuk mee dari orang yang baru kenal aku dah begitu berterima kasih,
... Tapi ...
Terhadap isteriku yang memasak untukku dan mengurus anakku selama
Bertahun-tahun,
Aku tak pernah berterima kasih.
Lelaki itu terus balik ke rumah.
Sampai sahaja di pintu rumah,
dia melihat isterinya yang berwajah cemas.
Ketika melihat suaminya,
Kalimat pertama sekali yang keluar dari mulutnya adalah
"Abang.., awak dah balik, cepat masuk, saya dah siapkan makan malam."
Selepas mendengar isterinya berkata begitu,
Lelaki td tidak dapat menahan sebak dan menangis dihadapan isterinya .
Sahabatku,
Kadang Satu Kesalahan, Membuat Kita Begitu Mudah Melupakan Kebaikan Yang Telah Kita Nikmati Setiap Hari.
Sekali Waktu Kita Mungkin Akan Sangat Berterima Kasih Untuk Suatu Pertolongan Kecil Yang Kita Terima.
Namun kita Sering Tidak Sedar & Lupa Berterima Kasih Akan Kebaikan-kebaikan Dari Orang-Orang Yang Sangat Dekat Dengan Kita.
Berterimakasih lah kepada :
Ayah - Ibu... kita
Isteri / Suami... kita
Adik beradik... kita
Jiran... kita
Rakan2 office... kita
Semua Orang Orang Terdekat Dengan kita
Hidup itu Indah,
kalau kita pandai berterima kasih dan bersyukur ...
Belajar menerima apa adanya ...
Ketika GELAP ,
baru tersedar apa erti TERANG .
Ketika KEHILANGAN,
baru tersedar apa erti MEMILIKI
Ketika BERPISAH,
baru tersedar apa erti PERTEMUAN.
Kelmarin sudah TIADA,
Esok belum TIBA,
kita hanya ada 1 hari, iaitu HARI ini. Jangan sesali yg telah berlalu, itu PERBUATAN SIA SIA.
MENSYUKURI apa yang telah kita ADA, agar kebahagiaan selalu berada disisi kita.
Dalam kehidupan NYATA,
kadang2 kita suka mempermasalahkan hal yang KECIL, yang tidak PENTING, sehingga akhirnya merosakkan NILAI yang BESAR.
Persahabatan yang INDAH selama puluhan tahun BERUBAH menjadi permusuhan yang HEBAT, kerana SEPATAH kata PEDAS yang tidak DISENGAJAKAN.
Keluarga yang BAHAGIA dan HARMONI pun boleh HANCUR hanya kerana perdebatan KECIL yang tidak PENTING.
Yang REMEH kerap dipermasalahkan,
tetapi yang lebih PENTING dan berharga LUPA dan TERABAI.
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Saya sangat menghargai komen yang diberikan, jika komen itu tidak melanggar apa jua sensitiviti. Kalau ada pelanggaran, saya tidak akan teragak-agak untuk memadamnya tanpa menyiarkannya. Terima kasih!