14 June 2021

Warna Kehidupan

 


Hari terus berganti hari.


Kehidupan manusia juga terus berjalan pantas seiring dengan masa yang pantas berlari.


Di celah-celah hari  berwarna-warni  yang di jalani dan ditelusuri, tanpa disedari atau tidak, manusia sebenarnya  telahpun menempuh pelbagai ujian dan dugaan duniawi.


Ujian-ujian yang diberi oleh ALLAH itu datang menyapa silih berganti dalam pelbagai bentuk dan rupa.


ALLAH menguji seseorang bukan kerana ALLAH benci kepada kita tetapi percayalah  ALLAH menguji kita kerana DIA sangat kasih kepada kita.


Cuma kita sebagai hambaNya, adakala tidak mampu bertahan dan bersabar dalam menghadapi ujianNya. :persevere::disappointed_relieved::cry:


AkuCintaALLAH

MuhasabahDiri



1 comment:

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Saya sangat menghargai komen yang diberikan, jika komen itu tidak melanggar apa jua sensitiviti. Kalau ada pelanggaran, saya tidak akan teragak-agak untuk memadamnya tanpa menyiarkannya. Terima kasih!