Anas رضي الله عنه berkata bahawa Rasulullah ﷺ bersabda,
"Tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehingga ia suka saudaranya mendapat kebaikan seperti apa yang ia sendiri suka mendapatnya."
Hadis Riwayat Bukhari
@islamitu_indah
Adab dan Sunnah #151
Amru bin Abasah رضي الله عنه berkata bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, Allah telah berfirman,
"Sungguh telah berhak mendapatkan kecintaanKu orang-orang yang saling mencintai kerana Aku, dan sungguh telah berhak mendapatkan kecintaanKu orang-orang yang saling merapatkan barisan kerana Aku, dan sungguh telah berhak mendapatkan kecintaanKu orang-orang yang saling mengunjungi kerana Aku, dan sungguh telah berhak mendapatkan kecintaanKu orang-orang yang saling berkorban (untuk membantu yang lain) kerana Aku, dan sungguh telah berhak mendapatkan kecintaanKu orang-orang yang saling menolong kerana Aku."
Hadis Riwayat Ahmad
Tq sharing.. in shaa allah bermanfaat
ReplyDeleteTerima kasih atas ingatan
ReplyDelete