Titik Kelemahan Manusia;
"Syaitan itu, bergerak dalam tubuh badan kita, seperti aliran darah yang bergerak begitu pantas. Mereka mampu menjalar ke seluruh pelosok tubuh badan kita. Syaitan mencari titik kelemahan, serta apa yang boleh mengugat iman dan taqwa seseorang."
"Syaitan akan gunakan sebagai pintu masuk bagi menyerang kekuatan keimanan seseorang. Contohnya, sekiranya titik kelemahannya, pada pangkat dan takhta. Maka, pasti dia akan digoda olehnya. Sekiranya, kelemahannya pada wanita. Pasti juga akan digoda olehnya."
"Kesannya, dapat kita saksikan seseorang sanggup mengenepikan agama dan iman, bagi memuaskan hawa nafsu saja semata-mata. Mengapa umat dipenghujung zaman, sentiasa bergelumang dengan riba, rasuah dan lain-lainnya?"
"Mengapa sanggup menuruti hawa nafsu semata-mata? Kerana syaitan itu licik, syaitan itu tahu bahawa semua itu, adalah kelemahannya manusia. Ketahuilah, syaitan itu tidak berupaya menguasai diri manusia, sekiranya manusia itu sendiri tidak membuka jalan kepada mereka."
"Hakikatnya, syaitan tidak berupaya memujuk manusia, melakukan maksiat. Mereka hanya mampu bisik saja. Mereka hanya mampu menimbulkan rasa was was dalam diri kita. Sekiranya termakan godaannya, maka akibatnya akan ditanggung diakhirat sana."
"Mohonlah perlindungan daripada Allah سبحانه وتعالى. Semoga dijauhkan diri kita ini, daripada bisikan-bisikan syaitan. Sekiranya mahukan harta yang halal, makanya kerja yang halal. Sekiranya mahu pangkat, berusaha dengan kesungguhan dan keberkatan."
"Sekiranya mahu cinta, makanya berkahwinlah. Mengapa susah-susah. Ketahuilah, segala penyelesaian diatas dunia ini, sudah disediakan oleh Allah سبحانه وتعالى untuk kita.
Makanya, kita sebagai mukmin hendaklah membuat pilihan yang tepat lagi benar diatas dunia yang sementara ini."
Daripada Sayyidil Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid.
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Saya sangat menghargai komen yang diberikan, jika komen itu tidak melanggar apa jua sensitiviti. Kalau ada pelanggaran, saya tidak akan teragak-agak untuk memadamnya tanpa menyiarkannya. Terima kasih!