16 July 2021

"Ubat Memang Pahit."

 


Kebenaran itu pahit.
Tak semua mahu menelan tapi yang pahit itulah penawarnya.
Ketelusan dalam menegur pandang dengan posisi yang positif.
Cubalah renungi diri.
Kenapa kita ditegur.
Pasti ada buat salah kan?

Cuma ada sedikit ego, rasa maruah dipijak² maka teguran dibalas dengan sangkaan buruk.
Rasa ada yang dengki dan tak puas hati.

Rasa ada yang cemburu dengan kedudukan dan gaya hidup.
Sedarlah sahabat²..
Kita kena terima kenyataan.
Hakikatnya yang tak suka akan menjauh.

Dan mula membina tembok tak suka orang campur urusan peribadi dia.
Kita cakapun ibarat mencurah air di daun keladi.
Masuk telinga kiri keluar telinga kanan.

Tak boleh nak hadam apa cakap orang.
Mahu tak mahu ubahlah diri tu.
Stay positif.
Raikan pendapat.
Tak rugi pun.
Jangan nanti tak ada seorang pun yang mahu nasihat, yang nak tegur kerana sikap yang bodoh sombong.

Hargai setiap kata² nasihat.
Sangka baik sesama kita.
Allah sayang akan hamba²Nya yang sentiasa menjaga ukhwah, menjaga silaturrahim, dan saling mengasihi.
Hargai sebelum kita kehilangan mereka yang amat mengambil berat.

Tika sudah terlambat tinggallah keseorangan yang sendiri rasai betapa sakitnya rindu kepada mereka² yang telah tiada.


1 comment:

  1. 2 minggu lepas kawan pejabat akak meninggal sebab covid19, kadang rasa macam tak percaya... kerja di musim PKP mejauhkan kita dengan kawan-kawan, bila ternampak gambar dengan dia... rindu, rindu yang susah di ungkapkan... 13 tahun jadi kawan di pejabat banyak kenangan

    ReplyDelete

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Saya sangat menghargai komen yang diberikan, jika komen itu tidak melanggar apa jua sensitiviti. Kalau ada pelanggaran, saya tidak akan teragak-agak untuk memadamnya tanpa menyiarkannya. Terima kasih!