17 October 2021

Fasa 4 PPN Alhamdulilah...



Bermula esok, 18 Oktober 2021, Lembah Klang akan memasuki Fasa 4 dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN). Ini bermakna lebih banyak kelonggaran akan diberikan. Ini termasuklah....


Alhamdulilah. Training ESQ pun bileh dijalankan dengan pelaksanaan SOP yang ketat selepas ini. 

Tak sabar nak beraksi semula!

13 October 2021

Baca Buku | 501 Persoalan Fikah Wanita


Mood membaca kalau dah start ke laut tu, memang susah nak kembali ke pangkal jalan. Tapi kalau dah start tu, Insya Allah berterusan. Insya Allah. 

Kali ni saya baca buku ni. 

Buku ini mengupas pelbagai persoalan dan permasalahan yang sering menjadi tanda tanya pada kaum wanita. Buku ini membincangkan topik-topik yang menyentuh isu fikah dan disertakan dengan jawapan ringkas dan padat. Ia cukup mudah difahami, lengkap dan sesuai dijdikan sebagai rujukan wanita Isla moden masa kini. Banyak penjelasan berharga dipaparkan dengan hujah logik dan rasional berlandaskan hukum syarak. 

Buku ini saya pinjam di Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Shah Alam. 



12 October 2021

Tips Kesejahteraan Siber

 


Korang semua dah sampai ke kampung ke tu? Hehehe gurau je. 


Balik kampung, balik kampung juga. Tak ada air, tak ada air juga (auch!) tapi keselamatan siber tetap perlu dipandang serius, terutama dengan situasi kita yang banyak kelas online ini. 


Berikut adalah tips kesejahteraan siber untuk perkongsian bersama. 







10 October 2021

Orang Lain Semua Dapat Rentas Negeri. Aku?


Orang lain semua seronok dapat rentas negeri. Aku? 

Sabar je la.

09 October 2021

ESQ Digiworld | 10.10 | Promosi Istimewa

Assalamulaikum wbt
PAGI‼️

Tumpang share.. Sama2 kita sebarkan lagi ilmu ESQ 165!! 

Kalinie ilmu belajar dari rumah pun boleh. Feelingnya seolah2 menjemput Gurunda Dr. Ary Ginanjar Agustian datang kerumah kita one on one session githuu. Sangat2 best!!

Habis course dapat sijil lagi sebagai tanda kita sudah habis modul mengikut berapa espisod disediakan!!! 
1 Modul 1 E-sijil!!! 🥰🥰👍

PERGHHHH ESQ DIGIWORLD BUAT PROMO LAGI!!! 

ESOK LAST DAY.. 

Macam2 module best terbaik boleh grab dgn harga serendah RM19 je (harga asal RM200 beb) 
Lagi special ada PAKEJ KOMBO harga runtuh!!!

Yang tgk nk upgrade skill dalaman, skill bisnes, skill diri skil utk kerja skill bisnes smuaa boleh.. Jomm usha2 kat cnie. 

Jom Kita Shopping Ilmu.. 😍

One Cookies | 10.10 Sale | Diskaun RM5 | Free Kurier


Kami dah bermula gais! Jualan 10.10 kali ini kalian jimat RM5 untuk semua produk.

Beli 1 jimat RM5
Beli 2 jimat RM10,
Beli 10 jimat RM50!


Siap free kurier okeh! Lekas tau! Mari dapatkan seleksi biskut dari kami, klik sini ya:


Salah Satu Cara Mendekatkan Diri Dengan Tuhan


Orang keliling pun boleh dekat dengan Tuhan kalau macam ni caranya. Huhu

S.T.R.E.S


S.T.R.E.S

Perkataan ini sendiri sudah cukup menekankan, apatah lagi menghadapinya. Ia boleh menjadi faktor penghalang utama dalam proses menurunkan berat badan. 

Bagaimana mengatasinya? 
Bersyukur. 

Orang yang bersyukur, dia akan tenang. Dengan erti kata lain, kurang stres. Bila itu berlaku, proses menurunkan berat badan akan berjalan lebih lancar. 

Bagaimana untuk bersyukur? 

Macam-macam cara. Allah dah nyatakan dalam Al Quran, bersyukurlah, nanti Allah tambah lagi.

Cara saya? Bersyukur dengan yang sedikit.

Bersyukur bila berat badan turun.
Bersyukur bila berat badan naik.
Bersyukur bila dapat makan banyak.
Bersyukur bila dapat makan sedikit.
Bersyukur bila dapat puasa tempoh panjang.
Bersyukur bila dapat puasa tempoh pendek.
Bersyukur bila dapat capai target.
Bersyukur bila gagal capai target.

Kata kuncinya kali ini, bersyukur.

Tetapkan target yang kecil, agar kita lebih mudah mensyukurinya apabila target tercapai. Untuk permulaan, kurangkan berat badan 5kg. Dapat capai berat badan itu dalam tempoh sebulan, bersyukur. Gagal, masih bersyukur. Kerana kita tahu usaha kita di tahap mana.

Sebab itulah orang tenang selalu menang. Huhuhu.

05 October 2021

Dilema Wanita

 



Dilema seorang wanita lebih dari sekadar memilih suami gais. 

Pilih kasut mana nak dipakai untuk keluar bersiar-siar pun boleh jadi dilema. 

Kadang-kadang boleh stres la bila memikirkannya. 

Anda?