03 October 2021

Mujahadah Menuju Rahmat Tuhan


Tersenyumlah. Walaupun kau rasa benci. Walaupun kau sakit hati. Walaupun kau tak suka.

Namun andai tersenyum mampu buat mereka gembira, dan andai tersenyum mampu menyembunyikan luka, maka, senyumlah.

Biar senyummu bernilai sedekah. Biar sedekah itu merapatkan ukhuwah. Meraih redha Allah.

Melangkahlah. Walaupun kau rasa penat. Walaupun kau dah tak larat. Kerana ada perkara yang tetap perlu kau buat. Demi satu perhitungan di akhirat.

Buatlah. Walaupun kau rasa malas. Walaupun kau rasa tak ikhlas. Kerana ada perkara yang perlu dipaksa. Agar selari dengan agama. Agar tiada hati terasa. Agar tiada dosa tentangnya yang perlu dihisab di sana.

Ada perkara yang perlu kau paksa diri melakukannya. Ada bahagia yang perlu kau beli dengan pura-pura.

Tak mengapa. Kerana pada sesuatu dipanggil pengorbanan ... di situ ada catatan perjuangan. Ia mujahadah demi menuju rahmat Tuhan. Untuk hari ini, dan hari kemudian.

-BondaNor-

-𝑺𝒂𝒏𝒈𝑹𝒆𝒎𝒃𝒖𝒍𝒂𝒏-

2 comments:

  1. Ibarat kata pepatah Barat, "Fake it till u make it". Dari terpaksa itulah jadi amalan yang tak sanggup ditinggal

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas peringatan ini..

    ReplyDelete

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Saya sangat menghargai komen yang diberikan, jika komen itu tidak melanggar apa jua sensitiviti. Kalau ada pelanggaran, saya tidak akan teragak-agak untuk memadamnya tanpa menyiarkannya. Terima kasih!