Minggu ni saya berkesempatan menonton filem ini di Netflix. Orang kata, Netflix and chill? Ha, gitchu.
Cuba juga cari sinopsis filem ni kat internet, tapi macam tak lengkap. So ya. Marilah kita ulas filem ini berdasarkan pemahaman kita.
Sebuah syarikat terkemuka di Amerika Syarikat telah membuat projek mutasi terhadap babi. Ya, babi. 26 ekor anak babi istimewa ini telah diserahkan kepada 26 petani seluruh untuk dijaga dan dibesarkan dalam tempoh 10 tahun.
Dalam 26 ekor yang terlibat, hanya ada 1 ekor babi gergasi yang membesar dengan sempurna di Korea Selatan. Okja, dipelihara oleh seorang lelaki tua dan cucunya, Mija. Okja membesar dengan menjadikan Mija sebagai kawan baiknya.
Kejayaan Okja membesar dengan sempurna membuatkan syarikat berkenaan berhasrat untuk membawa Okja ke New York, tanpa keizinan Mija. Gadis 14 tahun itu nekad membawanya kembali ke Korea, walau apa pun rintangan yang dihadapi.
Serius cerita ni best sangat. Ada macam-macam rasa. Dan kisah ini membawa banyak nilai dan pengajaran yang boleh kita teladani bersama. Bukan semua yang dari Korea dan Barat itu jahat dan buruk ya.
Siapa yang ada Netflix tu, tontonlah filem ni. Best!
Salam. Lama tak BW sini. Saya pun pernah tonton filem ni. Memang best dan sesuai untuk tontonan keluarga. Ada part sedih tu, rasa nak nangis pulak
ReplyDeleteSaya belum menonton lagi movie ni, cuma ada tengok trailernya di utube. Nampak menarik dan sesuai untuk kanak-kanak rasanya
ReplyDeleteTak digalakkan sebenarnya sebab klasifikasi filem ni adalah untuk penonton 16 tahun ke atas. :)
DeleteMemang best cerita ni. Kehidupan mereka dah cukup bahagia kat hutan tu. Sedih bila mereka dipisahkan dan ada pihak ambil kesempatan.
ReplyDeleteMujurlah bukan rupa b*** sebenar kan.
Macam menarik jalan ceritanya..
ReplyDeletekalau binatang lain rasanya nak juga tenguk tapi emmm
ReplyDelete