24 December 2021

Seminggu Berlalu...

 

Hari ni hari ketujuh selepas banjir yang melanda Klang, Shah Alam, Hulu Langat dan kawasan-kawasan lain di negeri Selangor. Kawasan yang paling teruk terjejas adalah Taman Sri Muda, Seksyen 25, Shah Alam. Sehingga hari ini, masih ada mangsa yang belum dapat diselamatkan. Kematian juga telah mencapai 34 orang dah dijangka meningkat apabila air telah mula surut. 


Ada bencana, ada mangsa. Macam tu juga dengan bencana banjir ni. Bencana? No words can describe this situation now. Nak kata bencana, macam berat sangat. Nak kata musibah, macam kasar sangat. Ha cenggitulah. 


Dan seringkali itu jugalah, bila perkara sebegini berlaku, kita akan nampak true colours of orang-orang di sekeliling kita. Ada yang betul-betul ikhlas di sisi kita, bantu kita bangkit dari kejatuhan, bantu kita dari belakang saat kita diuji. 


Ada juga yang menangguk di air keruh. Ramai. Memang ramai. Yang cuba curi kereta mereka-mereka yang tersadai la, yang bawak lari oven la. Yang ambil kredit atas usaha dan kerja orang lain la. Yang songlap barang-barang bantuan di PPS la. Itu belum masuk scammer yang kutip duit atas alasan bantu mangsa banjir, tapi akhirnya masuk poket sendiri. 


Musibah ini baru berlaku seminggu. Dan macam-macam yang terjadi. 


Di pihak yang lain, ada juga ceritanya. Dikecam kerana lambat bertindak, eh malah dia persoalkan pula yang mengecam tu. Kita faham, kita juga manusia. Tak lepas dari melakukan kesilapan. Namun, kesilapan yang dilakukan pada kali kedua bukan lagi dikatakan kesilapan. Itu dipanggil kebodohan. 


Dan apabila kesilapan sudah terlihat jelas, apa salahnya untuk kau minta maaf? Eh siap buat Press Conference, nak buat justifikasi atas apa yang kau dah buat. Bukankah itu membuatkan kau lebih kelihatan bodoh? 


Maka benarlah. Kita selalu, dan akan selalu diuji dengan apa yang kita percaya. Renung-renungkanlah.



No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Saya sangat menghargai komen yang diberikan, jika komen itu tidak melanggar apa jua sensitiviti. Kalau ada pelanggaran, saya tidak akan teragak-agak untuk memadamnya tanpa menyiarkannya. Terima kasih!