Musibah akan menyerlahkan warna kita yang sebenar. Kesakitan, kegagalan, kemiskinan, kejian dan perpisahan akan mengeluarkan segala isi hati dan sikap yang selama ini kita sembunyikan.
Musibah akan mengoyak topeng seluruh dan sepenuh sikap kepura-puraan dan lakonan kita.
Dan musibah paling getir ialah detik berdepan dengan Sakaratul Maut...pada ketika itulah hakikat diri akan tersingkap namun kita tidak punya kesempatan lagi untuk memperbaiki diri.
Justeru wahai diri, berubahlah ketika musibah demi musibah datang dalam hidup mu. Seriuslah dengan solat, Al Quran, zikir, selawat dan sedekah...sementara masa dan nyawa masih ada.
Sebelum datang Sakaratul Maut yang melenyapkan segala-galanya. Dan kau akan bertemu Tuhan dengan kesedaran bahawa hati dan diri mu masih kotor dan hina!
❤️✨