30 March 2022

WW : 3 Jejaka

 



Tak payah nak booking deme ni. Dah berpunya semua ni. Hahaha



26 March 2022

Eh???????


"Kita nak ke mana?"

"Ke rumah bakal mak mertua saya, boleh?"

"Eh?????"

23 March 2022

ESQ MCB SC2 Di Bumi Tawau

 



Ya. Kakak kesayangan saya nak ikut saya ke Tawau training kali ini! excitednya! 


Eh, eh. Lupa pula nak bercerita secara lebih lanjut. Maafkan saye. Hehehe


Hujung minggu lepas, kami terbang ke bumi Tawau untuk training ESQ Level 2 dan 3 iaitu ESQ MCB SC2. Kali terakhir training level begini diadakan adalah pada Disember 2019, hanya beberapa minggu sebelum virus COVID-19 mula dikesan di China. 


Jadi kali ni, keterujaannya luar biasa. Dan disebabkan itu, ramai yang datang jadi crew, terutamanya dari Kota Kinabalu. Yang datang dari KL, yang datang dari Kedah pun ada. 


Ole-ole Jeruk Pak Ali weh! Sedap! 



Crew wanita di hari pertama. Tiba-tiba ada pelamin pula. Apa lagi, ambil gambarlah kita. Hehehe



Tak semua gambar, ada saya di dalamnya. Sebab saya lebih diperlukan di luar dewan. Tak apalah, janji saya tetap comel. Eh. 



Suasana di dalam dewan training. Ada games, ada senaman, ada pergerakan fizikal. Yang pasti, SOP tetap dijaga. Modul tetap sampai, Insya Allah. 


Kan saya dah cakap, saya lebih diperlukan di luar dewan. Dan saya tetap comel. Kan? 


@_adindabaizura_ Weekend well spend @ Tawau, Sabah. #esq165borneo #esq165malaysia #esq165 ♬ original sound - Adinda Baizura Mazlan
Sungguh indah kebersamaan ini. Training baru, pengalaman baru, suasana baru, ilmu baru, kawan baru. Moga ukhwah ini kekal hingga ke Jannah Insya Allah. 


Training seterusnya (Level 1) akan diadakan khas sempena bulan Ramadhan pada ketetapan berikut : 





Jom semua! 




12 March 2022

Bincangkan...


Korang bincangkan jap. Saya nak pergi kira rumput kejap. 

Luahan Hati...


"Tuan, maafkanlah saya. Hari Jumaat ni kan. Saya janji takkan tumpahkan air kat meja makan. Saya janji takkan mengorat kucing jiran sebelah. Saya janji takkan buang air merata. Saya janji takkan baring atas sejadah masa tuan tengah solat. Dah banyak saya janji ni. Turunkanlah saya tuan......."

10 March 2022

AL MATIIN- THE FIRM, THE STEADFAST- YANG MAHA KOKOH





ASSAH dirimu !

(Amalkan Satu Hari Satu Asmaul Husna )

(AL MATIIN- THE FIRM, THE STEADFAST- YANG MAHA KOKOH) ⁣

. ⁣

Genggamlah dengan penuh kegigihan seperti ketika engkau mengingat Al-Matiin Yang Maha Kokoh, Yang Menunjukkan Kegigihan.⁣

.⁣

Janganlah surut satu langkah pun karena Al­Matiin senantiasa bersamamu. Kokohkan tekadmu dalam memegang kebenaran dan mencapai cita­-cita, gigihlah di jalan perjuangan ini.⁣

.⁣

Kegigihanmu tidak akan sia­-sia, namun Allah akan membalasnya dengan balasan yang sangat besar. Ingat, surga tempat kebahagiaan yang abadi menantimu.⁣

.⁣

Tag/Mention keluarga dan sahabatmu akan kedahsyatan makna Asmaul Husna ini. Semoga pahala kebaikan dan keberkahan selalu mengalir untukmu. Aamiin⁣

. ⁣

#NasihatAsmaulHusna⁣

#AryGinanjarAgustian⁣

#99AsmaulHusna ⁣

#AlMatiin

#Asesco ⁣

#ESQCoachingAcademy ⁣

#asmaulhusnaseries

#inspirasipagi




09 March 2022

07 March 2022

Jom Join Giveaway Syazni Rahim Blog Nak Masuk Tingkatan 1!

 


Dah lama menyepi kan. Maka ayuhlah kita join segmen Giveaway. Mudah saja caranya. Dan blog dia ni pun ada juga saya follow sikit-sikit post dia walaupun baru nak follo hari ni. Hahahahaa 



Berminat? Klik gambar untuk join yea. 




Ini Apa Miska???



Ini apa Miska?????

05 March 2022

"As We Grow Older..."


"As we grow older, we eliminate so many things in life. Friends included." - Adly Syairi Ramly, boss Thinker Studio.

Semakin meningkat usia, semakin ramai yang menjauh daripada kita. Kadang tu bukan kerana terasa hati atau perselisihan faham. Kadang tu kerana kita sendiri melangkah ke dalam bab baru dalam kehidupan. 

Contohnya kahwin, ada anak, naik pangkat, sambung belajar, tukar kerja, buat bisnes, sakit, atau mungkin mati. 

Ada yang terasa sangat kehilangan itu. Seolah-olah pemergian mereka membawa separuh dari kehidupan kita. Ada yang hanya memandang sepi kehilangan itu. Padanya, kehidupan harus diteruskan, dengan atau tanpa mereka di sisi. 

Pada aku, ada sebabnya Allah temukan dan pisahkan seseorang dalam hidup kita. Ada hikmah, pelajaran atau mungkin, Allah ingin menunjukkan kekuasaanNya. 

Pada mereka yang pernah datang dan pergi dalam hidup aku, terima kasih. Aku bersyukur kerana muncul dan hilangnya kamu membawa pelajaran yang takkan dapat aku lupakan dalam hidup ini. 

Yang dah pergi dari hidup kita, biarkan pergi. Jodoh kita dengannya mungkin sudah tiada. Yang masih ada dengan kita, hargai. Kerana kita tak tahu bila detik perpisahan itu akan tiba. 

04 March 2022

Training ESQ Pertama Di Semporna, Sabah!



#Minggu depan ESQ akan datang lagi! Yeahhyyy 🔥😍

Adakah lagi yang belum daftar bossku? 

Insya-Allah, akan menjadi Training yg sgt exclusive di Semporna!

Pertama Kalinya kita adakan training ptp 3 hari disana.

Masih ada seats & masa! Jangan bgi alasan tiada masa sebab hanya orang yg sudah meninggal sahaja tiada masa...hehehe..gurau!🤣

Nak daftar! Tekan link dibawah sekarang👇

#Nota: Alumni boleh hadir recharge secara percuma, hanya bawa kad Alumni & maklumkan kepada saya.


03 March 2022

Takkan Promoter Nak Buat Kerja Cashier?


25 Februari yang lalu, gempa bumi yang berlaku di Sumatera, Indonesia telah menyebabkan gegaran dirasai di beberapa tempat di Semenanjung Malaysia. Dan sebagai langkah keselamatan, bangunan yang mengalami gegaran dikosongkan. Termasuklah bangunan pejabat kerajaan. 

Dan ini reaksi netizen apabila itu berlaku. 

Apooo.

Aku perhati je makhluk-makhluk yang cakap macam ni. Yang kemain perli staf kerajaan masa gempa haritu. 

Dan aku ada gak meletup kat Twitter, kat post orang ni juga la. 

Dan biasanya, orang yang bising terlebih pasal sesuatu ni adalah orang yang tak pernah ada dalam environment pekerjaan. 

Tak semua staff yang bekerja dalam sesuatu organisasi, ada skop kerja yang sama. Dan tak semua staff organisasi itu diberi kuasa untuk berada di kaunter. Andai dilanggar, buruk padahnya. 

Takkan la Pembantu Operasi nak buat kerja Pembantu Pustakawan,ye dak? 


Namun itulah manusia. Macam mancis. Tengok macam ni dah meletup. Apooo