05 March 2022

"As We Grow Older..."


"As we grow older, we eliminate so many things in life. Friends included." - Adly Syairi Ramly, boss Thinker Studio.

Semakin meningkat usia, semakin ramai yang menjauh daripada kita. Kadang tu bukan kerana terasa hati atau perselisihan faham. Kadang tu kerana kita sendiri melangkah ke dalam bab baru dalam kehidupan. 

Contohnya kahwin, ada anak, naik pangkat, sambung belajar, tukar kerja, buat bisnes, sakit, atau mungkin mati. 

Ada yang terasa sangat kehilangan itu. Seolah-olah pemergian mereka membawa separuh dari kehidupan kita. Ada yang hanya memandang sepi kehilangan itu. Padanya, kehidupan harus diteruskan, dengan atau tanpa mereka di sisi. 

Pada aku, ada sebabnya Allah temukan dan pisahkan seseorang dalam hidup kita. Ada hikmah, pelajaran atau mungkin, Allah ingin menunjukkan kekuasaanNya. 

Pada mereka yang pernah datang dan pergi dalam hidup aku, terima kasih. Aku bersyukur kerana muncul dan hilangnya kamu membawa pelajaran yang takkan dapat aku lupakan dalam hidup ini. 

Yang dah pergi dari hidup kita, biarkan pergi. Jodoh kita dengannya mungkin sudah tiada. Yang masih ada dengan kita, hargai. Kerana kita tak tahu bila detik perpisahan itu akan tiba. 

1 comment:

  1. Setuju...Semakin meningkat umur atau langkah fasa baru hidup, perlahan2 kita akan mula kehilangan mereka yang pernah bersama..

    ReplyDelete

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Saya sangat menghargai komen yang diberikan, jika komen itu tidak melanggar apa jua sensitiviti. Kalau ada pelanggaran, saya tidak akan teragak-agak untuk memadamnya tanpa menyiarkannya. Terima kasih!