23 March 2022

ESQ MCB SC2 Di Bumi Tawau

 



Ya. Kakak kesayangan saya nak ikut saya ke Tawau training kali ini! excitednya! 


Eh, eh. Lupa pula nak bercerita secara lebih lanjut. Maafkan saye. Hehehe


Hujung minggu lepas, kami terbang ke bumi Tawau untuk training ESQ Level 2 dan 3 iaitu ESQ MCB SC2. Kali terakhir training level begini diadakan adalah pada Disember 2019, hanya beberapa minggu sebelum virus COVID-19 mula dikesan di China. 


Jadi kali ni, keterujaannya luar biasa. Dan disebabkan itu, ramai yang datang jadi crew, terutamanya dari Kota Kinabalu. Yang datang dari KL, yang datang dari Kedah pun ada. 


Ole-ole Jeruk Pak Ali weh! Sedap! 



Crew wanita di hari pertama. Tiba-tiba ada pelamin pula. Apa lagi, ambil gambarlah kita. Hehehe



Tak semua gambar, ada saya di dalamnya. Sebab saya lebih diperlukan di luar dewan. Tak apalah, janji saya tetap comel. Eh. 



Suasana di dalam dewan training. Ada games, ada senaman, ada pergerakan fizikal. Yang pasti, SOP tetap dijaga. Modul tetap sampai, Insya Allah. 


Kan saya dah cakap, saya lebih diperlukan di luar dewan. Dan saya tetap comel. Kan? 


@_adindabaizura_ Weekend well spend @ Tawau, Sabah. #esq165borneo #esq165malaysia #esq165 ♬ original sound - Adinda Baizura Mazlan
Sungguh indah kebersamaan ini. Training baru, pengalaman baru, suasana baru, ilmu baru, kawan baru. Moga ukhwah ini kekal hingga ke Jannah Insya Allah. 


Training seterusnya (Level 1) akan diadakan khas sempena bulan Ramadhan pada ketetapan berikut : 





Jom semua! 




1 comment:

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Saya sangat menghargai komen yang diberikan, jika komen itu tidak melanggar apa jua sensitiviti. Kalau ada pelanggaran, saya tidak akan teragak-agak untuk memadamnya tanpa menyiarkannya. Terima kasih!