31 May 2022

Langkah Pertama


Langkah pertama untuk bahagia adalah berhenti membandingkan diri kamu dengan orang lain. 

Seterusnya belajar untuk mengucapkan bersyukur. Merasakan diri cukup dan Tuhan memang beri yang paling baik buat kamu. 

Begitu lebih mudah untuk mendamaikan hati. Membahagiakan diri sendiri dari dalam. Membina diri dari hati sendiri. 

🥀☕️

Selamat pagi.

30 May 2022

Syukur


Terima saja apa yang sudah Allah beri, jangan kamu cuba untuk persoalkan apa apa lagi. 

Kalau kamu dapat apa yang tidak kamu minta, bagaimana pula dengan mereka yang masih belum mendapat apa apa ?

Syukur ! Sebab kamu masih beruntung Allah beri, kalau mereka ? Terus lagi menanti untuk diperkenankan segala permintaan. 

Ingat - tiada suatu pun yang buruk Allah berikan untuk hambanya, malah itulah yang terbaik buat semua. Mungkin - kamu masih belum nampak apa yang baiknya, kelak kau jua yang akan bersyukur lega !

Maka sekarang - hargai dahulu apa yang kau dapat, bukan marah tidak bertempat. 

Buka mata, buka hati. Allah itu Maha Tahu, sedang kau bukannya tahu apa apa. 

🥀☕️

Selamat pagi.

29 May 2022

Love Yourself


Love yourself for who you are, and trust me, if you are happy from within, you are the most beautiful person, and your smile is your best asset.

❤️☕️

Good Morning.

28 May 2022

Duhai jiwa yang sedang hancur...


Duhai jiwa yang sedang hancur, 

Jika dengan menangis mampu mengubatmu agar kembali lega. Menangislah! Menangis itu bukan bukti kamu lemah, tetapi itu adalah satu jalan supaya kamu kembali kuat di esok hari. 

Di hari esok, teruskan saja berjalan. Jalan ini terlalu singkat untuk kau terus menangis tentang kisah sedih di hari semalam. Kerana asal kamu tahu, kamu terlalu berhak untuk menitip bahagia bersama insan insan yang masih setia dengan mu. 

Maka ya! Teruskan berjalan dan berusaha menjadi yang terbaik untuk yang setia denganmu hari ini. 

🥀☕️ 

Selamat pagi.

27 May 2022

Bila Itu Terjadi


Bila salah maafkan,
Bila silap tegurlah,
Bila tak pandai tolong ajarkan,
Bila tak memahami atau difahami tentang hati luahkanlah,
Bila tak suka jangan membenci,
Bila ada masa berikan nasihat.

Aku, kamu, kita dan semua adalah pendosa yg berusaha ke jannah bersama.

🥀☕️

Selamat pagi.

26 May 2022

Bersyukurlah...



Akan ada masanya, dimana kamu akan menangis bahagia kerana doa-doa yang selama ini kamu panjatkan terkabulkan pada waktunya.

🥀☕️ 

Selamat pagi.

25 May 2022

Kuat Ke Kau?


Macam mana nak tahu kau kuat ke tak hadapi sesuatu masalah ? 

Saat kau sedang ada masalah , tapi bibir kau tetap terukir senyuman dan masih boleh tergelak ketawa

🥀☕️

Selamat pagi.

24 May 2022

Kejar!


Impian itu , satu perkara yang memang kau niat dalam hati untuk gapai.

Memang kau akan usaha sekerasnya untuk capai meski orang cakap ianya mustahil, tak masuk akal.

Kau tetap usaha sebab kau tahu kau mampu.

Kau tak berhenti dek mulut orang.
Kau tak jatuh dek tolakan orang.

Dan kau tak berundur dek hinaan orang.

Kau tahu kau boleh.
Kau tahu diri kau mampu.

Kawan, ingat. .
Impian itu mesti kau kecapi.
Andai ianya separuh jalan, ianya bukan impian tetapi hanya satu angan-angan.

Kejar !

🥀☕️

22 May 2022

Be Yourself


Be honest, you may sleep better.
Be kind, you may be remembered.
Be humble, you may be wrong.
Be forgiving, you may feel lighter.
Be generous, world may reciprocate.
Be optimistic, you may do a lot more.
Be self-aware, you may be seen more.
Be yourself, you will be much happier.

❤️☕️

Good Morning.

21 May 2022

Bangunlah.....


Saat diri hilang arah tanpa tujuan,
Saat diri resah dipagut penyesalan,
Saat diri tersungkur jatuh kerana ujian,

Bangunlah mencari TuhanMu; kerana hanya Dialah yang bisa menjadi penyelesai kepada segala kekusutan yang melanda fikiranmu. Saat kau lemah, dia ada untuk menguatkan dan membangkitkan. 

Usah menjauh, tetapi mendekatlah kepada Tuhan. Kerana Allah terlalu nantikan hamba persis kamu. Yang sedang terkontang kanting hilang punca. Jadi - bangunlah mengadukan segala cerita kepadaNya. Sungguh! Kau kan ketemu jalan dan ketenangan. 

🥀☕️ 

20 May 2022

Teguh Berjalan Di Atas Batu Ujian


Keyakinan yang cukup tinggi bahawa Allah tak akan sia-siakan kita membuatkan kita teguh berjalan atas batu-batu ujian. 

Batu-batu yang keras. Besarnya menghempap. Kecilnya tajam melukakan. Luka kecil dan besar. Kadang berdarah sekejap, ada juga yang berdarah lama. 

Ada pula luka ujian yang dah semakin pulih, luka kembali. Tak kurang ada luka yang baru nak kering, ditusuk berdarah semula. Ada luka yang dahulunya kecil, sekarang makin membesar dan mendalam tikamannya. 

Begitu pun ujian yang kita terima, semuanya untuk membina keyakinan kita bahawa Allah itu ada. Dia yang mahukan kita berdepan dengan ujian itu. Itu cara Tuhan bercakap dengan kita. 

Nak bandingkan ujian kita dengan para Nabi, lebih berat ujian mereka. Inilah cara Tuhan ‘santuni’ mereka, dengan ujian yang maha berat. Supaya yang diuji mengambil pengajaran hidup bahawa kita perlu bergantung segala harapan cuma dengan Dia. 

Sampai nanti hati yang penuh luka ujian ini kita serah sepenuhnya kepada Dia. Kita pulangkan semula hati dengan kesan luka yang kita jahit sendiri, kita ubati sendiri. 

Tanpa ada rengus dan dendam. Namun yang cuma ada adalah senyum tanda kita redha atas setiap ujian. 

Kawan-kawan, bercakaplah pada diri sendiri;

“Allah kan ada.”

𝗍𝖾𝗇𝖺𝗇𝗀 - 𝗄𝖺𝗆𝗎 𝗆𝖺𝗆𝗉𝗎😉

🥀☕️

Selamat pagi.

19 May 2022

Yaa Rahiim...


Allah sangat menyayangi hamba-hambaNya.

Jika sesekali kita diuji ;
Jangan pernah merasa terbeban. Tetapi tetaplah mengucap rasa syukur kita padaNya atas nikmat lain yang masih lagi Allah berikan.

🥀☕️

Selamat pagi.

18 May 2022

"Hey, You."


"Jangan bangga dengan keadaan kita yang sekarang. Alhamdulillah, Allah memilih kita untuk berada dalam jalan kekasih-Nya. Tetapi, itu bukan lesen untuk kita mempertikai kebaikan dan keburukan orang lain. Hati-hati dengan rasa bangga diri"

❤️✨

Selamat pagi.

17 May 2022

(2:153)


"Wahai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah beserta (menolong) orang-orang yang sabar."

(Al Baqarah: 153)

#quran
♥️☕️

Selamat pagi.

16 May 2022

Open House Keluarga Abi Rahim

 


Siapa yang terperangkap dalam kesesakan jalan raya di Kuala Lumpur hujung minggu yang lepas? Tahniah! Kerana anda telah kembali kepada norma lama sebelum COVID menjengah nagara. 


La, lupa ke? Memang kalau musim raya dan musim rumah terbuka, jalan raya di sekitar ibu kota lebih sesak daripada biasa. Tak tahu kota-kota lain di Malaysia, tapi kalau bukak Google Maps dan pin location KL tu, memanjang la merah kalau hujung minggu. 


Hahahaha. 


Sebut pasal rumah terbuka, ramai yang ambil kesempatan menganjurkan rumah terbuka memandangkan kelonggaran SOP yang diumumkan sebelum hari raya haritu. Banyak juga jemputan yang aku terpaksa tolak sebab tuntutan kerja. Tapi, jemputan rumah terbuka nan satu ni memang tak boleh nak tolak. 


"Kalau tak datang boleh ke?" 

"Datang je la. Ngader." 


Kau rase? 



Istimewanya rumah terbuka ni, rendang kerang hanya pada Aidilfitri. Tapi tu la, dia pergi bakar line dengan hantar gambar rendang kerang yang dah nak habis. Cis! 



Sebahagian daripada jemputan rumah terbuka Abi dan Mama. Masa gambar ni diambil, saya baru sampai. Tak sempat masuk frame! 


Tak apa, there's always next time, kan?



Tada! 



Tada! La, yang aku pandang sane tu dah kenapa? Ada jodoh ke? Hahahaha 



Kalau tak photobomb tak sah! 


Semoga ukhwah yang terjalin ini kekal hingga ke syurga. Insya Allah. 




15 May 2022

Rasa Gagal?


Rasa gagal ?

Tenang. Istighfar. Jangan terburu buru. Duduk dan fikir apa yang patut kita lakukan lagi. Kalau rasa semua benda dah buat tapi masih ada yang kurang maka mintalah pada Allah untuk tegur kita dan mintalah jalan keluar daripada apa yang tersembunyi dengan kesabaran.

🥀☕️ 

Selamat pagi.