16 May 2022

Open House Keluarga Abi Rahim

 


Siapa yang terperangkap dalam kesesakan jalan raya di Kuala Lumpur hujung minggu yang lepas? Tahniah! Kerana anda telah kembali kepada norma lama sebelum COVID menjengah nagara. 


La, lupa ke? Memang kalau musim raya dan musim rumah terbuka, jalan raya di sekitar ibu kota lebih sesak daripada biasa. Tak tahu kota-kota lain di Malaysia, tapi kalau bukak Google Maps dan pin location KL tu, memanjang la merah kalau hujung minggu. 


Hahahaha. 


Sebut pasal rumah terbuka, ramai yang ambil kesempatan menganjurkan rumah terbuka memandangkan kelonggaran SOP yang diumumkan sebelum hari raya haritu. Banyak juga jemputan yang aku terpaksa tolak sebab tuntutan kerja. Tapi, jemputan rumah terbuka nan satu ni memang tak boleh nak tolak. 


"Kalau tak datang boleh ke?" 

"Datang je la. Ngader." 


Kau rase? 



Istimewanya rumah terbuka ni, rendang kerang hanya pada Aidilfitri. Tapi tu la, dia pergi bakar line dengan hantar gambar rendang kerang yang dah nak habis. Cis! 



Sebahagian daripada jemputan rumah terbuka Abi dan Mama. Masa gambar ni diambil, saya baru sampai. Tak sempat masuk frame! 


Tak apa, there's always next time, kan?



Tada! 



Tada! La, yang aku pandang sane tu dah kenapa? Ada jodoh ke? Hahahaha 



Kalau tak photobomb tak sah! 


Semoga ukhwah yang terjalin ini kekal hingga ke syurga. Insya Allah. 




3 comments:

  1. meriah open house sini-sana..rendang kerang, sedapnya..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah meriah open house. Rendang kerang tu sedapnya

    ReplyDelete
  3. selamat hari raya dan semoga terua gembira selalu....saya suka word postitif yang awak tulis " there's always next time

    ReplyDelete

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Saya sangat menghargai komen yang diberikan, jika komen itu tidak melanggar apa jua sensitiviti. Kalau ada pelanggaran, saya tidak akan teragak-agak untuk memadamnya tanpa menyiarkannya. Terima kasih!